
Langkah-langkah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini merangkumi langkah-langkah dan panduan sebelum, semasa dan selepas banjir.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR.
- Dapatkan maklumat, banjir di tempat anda
- Pastikan system amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negerei atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa Lubang air seperti longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- Dengar melalui pengumuman radio,televisyen atau pihak-pihak tertentu
- Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air
- Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah
![]() |
keadaan rumah mertua adik saya di Kuantan ketika banjir baru-baru ini |
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ia lebih mudah dan selamat
- kut laluan yang telah ditentukan,laluan singkat mungkin terhalang
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN.
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke kawasan yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
- Dengar pengumuman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu
- Bersedia dengan peralatan kecemasan
- Jika diarahkan keluardan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR- DI LUAR RUMAH
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat
- Elakkan dari melalui kawasan banjir,arus deras boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-sir di kawasan banjir, sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh
- Awasi kanak-kanak,jangan biarkan mereka bermain-main di longkang,sungai atau lombong
- Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR.
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat 2.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya(orang tua,kanak-kanak atau golonga istimewa)
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi
SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
- Pakai kasut
- Periksa kerosakkan dinding,lantai,pintu dan tingkap
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, relai atau jatuh.
SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA.
- Periksa paip saluran gas yang mungkn pecah atau bocor
- Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
- Periksa alatan elektrik yang tenggelam
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir( minyak tanah,petrol,diesel dan sebagainya)
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Sumber : Utusan Malaysia, Jumaat, 2 November 2012.Halaman 13.