Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya L. Ia juga dikenali sebagai ‘paw-paw’ merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West India atau Mexico. Di Negara kita terdapat beberapa jenis betik yang dibiak secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri.
Betik jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan 1 mempunyai isi bermarna merah. Jenis betik dari luar negeri pula biasanya mempunyai isi yang berwarna kuning dan antaranya ialah Sunrise Solo
Betik sesuai ditanam ditanam di tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentias lembap. Tanah yang terendam air tidak sesuai untuk penanaman betik. Selepas lapan hingga sembilan bulan ditanam,pokok betik sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Buah yang dipetik ini boleh tahan hingga seminggu, tapi lagi bagus jika dibiarkan masak di pokok.
Pernahkah anda membaca novel Tunggu Teduh Dulu. Ia sebuah novel yang hebat karya Faisal Tehrani. Novel tersebut kerana ia turut memperkatakan perihal betik, di mana watak utamanya Salsabila bertindak mengusahakan penanaman betik secara lading setelah tamat pengajian di luar negara.
Info selanjutnya saya petik dari akhbar Sinar Harian bertarikh 23 April 2013. Selain buah, pucuk juga boleh dimakan. Ia sering dicelur untuk dibuat ulam. Pucuk mudanya berasa pahit,manakala buah muda jika dibuat halwa berasa masam-masam manis. Betik matang yang belum masak boleh dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Nutrien yang terkandung di dalam betik menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan tersendiri. Betik kaya dengan vitamin A, B, dan C Kalium,karotena, flavonid, magnesium serta serat.
Selain itu betik juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampaun membantu sistem pencernaan manusia. Keunikkan betik yang mempunyai papain telah membuatkan pakar botani Australia, Dr TP lucas mencatatkan betik sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemuinya di dunia dalam buku tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1906.
Sehingga hari ini, salap betik dipercayai telah menjadi kaedah efektif mengatasi masalah ruam panas, kulit terbakar akibat sinaran matahari,kesan gigitan serangga,jerawat,luka dan kulit merekah. Ia juga boleh member kelegaan sementara kepada penghidap buasir selain merawat symptom dermatitis dan ekzema.