Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

SALJI TURUN DI MESIR, DUNIA HAMPIR KIAMAT?

$
0
0

Menurut cerita orang-orang tua di kampung saya, sekitar tahun 1960-an( atau awal 70-an, saya kurang ingat) dahulu, pertunjukkan atau persembahan Sarkas telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Kumpulan sarkas itu didatangkan dari negara Barat(tak pasti negara mana) telah mengadakan persembahan di Kota Bharu,lokasinya secara tepat tidak pula dinyatakan. Pada masa itu kawasan sekitar kampung saya di Bachok belum lagi ada bekalan elektrik(rasanya seluruh Malaysia pun macam tu juga kecuali kawasan tertentu yg ada elektrik).

Disebabkan suasana malam yg gelap gelita, lampu dari pertunjukkan sarkas itu telah menerangi langit daerah Bachok. Orang ramai menjadi kecoh dan keadaan agak huru hara buat seketika. Akhirnya mereka sepakat mengadakan solat hajat memohon agar dijauhkan dari bala. Cahaya di langit itu dianggap sebagai petanda petaka dan ada yang beranggapan kiamat dah semakin hampir. Itu cerita tahun 1960-an.

Waktu saya bersekolah dahulu, kecoh kerana beberapa ayat dalam kitab suci Al-Quran terpadam. Ramailah yang buat teori dan sebarkan itu tanda-tanda kiamat semakin hampir. Tapi bila diadakan siasatan, rupa-rupanya ia kesilapan dan kelalaian syarikat percetakan 

HARI INI, Ikan tamban mendarat di Lahad Datu. Lalu cerita kiamat datang lagi. Penyebarannya menjadi rancak kerana adanya facebook. Padahal para pakar mengatakan itu fonemena biasa kerana masalah suhu dan ikan tamban adalah species yang amat peka dengan suhu. Kebanjiran ikan tamban sepatutnya dilihat sebagai rezeki tapi ditakutkan dgn cerita-cerita yang tak berasas. 

HARI INI, salji turun di Mesir. Kecoh lagi di facebook kononnya itu petanda kiamat. Hello.. tak belajar geografi ke? Mesir adalah negara yang mengalami 4 musim termasuklah musim sejuk dan persitiwa salji turun di sana berlaku beberapa minggu lepas, iaitu dalam musim sejuk. Jadi ia bukanlah perkara yang menghairankan. Cuma kebiasaannya musim sejuk di Mesir tidaklah bersalji, namun ia tetap sejuk sebagaiama sejuknya musim sejuk. Jadi bila salji turun, ia bukanlah sesuatu yg aneh sebab ia turun di lokasi yang mengalami musim sejuk dan ia berlaku dalam musim sejuk.Begitu juga dengan negara-negara lain di sekitar timur tengah seperti Jordan dan Syria yang merupakan negara yang mengalami 4 musim. Kalau salji turun di Malaysia barulah wajar dan waras untuk kita kecoh. 

HARI INI, Kecoh juga bila salji turun di Utara Vietnam. Apa yang nak dihairankan sebab Utara Vietnam termasuklah Hanoi itu bersempadan dengan Selatan China. Malah Utara Vietnam juga mempunyai 4 musim, Cuma musim sejuknya tidak bersalji. Jadi bila salji turun, ia bukanlah sesuatu yg aneh sebab ia turun di lokasi yang mengalami musim sejuk dan ia berlaku dalam musim sejuk. Lainlah kalau salji turun di Ho Chi Minh, itu barulah dikatakan aneh dan wajar serta waras untuk dihairankan sebab Ho chi Minh mempunyai cuaca yang sama dgn Malaysia.. 

Jadi, usahlah kita mudah percaya dgn teori-teori yang tak berasas yang tersebar di facebook dan paling penting usahlah terlalu ghairah ingin share dan sebarkan ke serata alam. Kat sini, saya ingin berpesan kepada pengguna facebook, usahlah cepat melatah dan terlampau mudah ghairah… 

Baca pula penjelasan Mantan Mufti Perlis mengenai isu ini.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat. 

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai". “…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. 

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat. 

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Sumber:Sinar Harian

Sila tonton penjelasan Dr Abd Basit Abd Rahman
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644