Sebagai umat islam, kita wajib percaya kewujudan Jin. Itu benar sebab ia telah dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis. Tapi,perihal Jin sebagaimana yang berlegar dalam sistem kepercayaan masyarakat termasuklah dalam kalangan orang-orang Melayu, masih banyak yang perlu dipertikaikan. Prof. Dr Zakaria Stapa dan Dr Amran Kasimin pernah menyentuh isu ini sedikit masa dahulu.
Jin pantang melihat wanita seksi dan Isteri dihamilkan oleh Jin. Sebenarnya saya tidaklah membantah atau menolak secara total dakwaan tersebut, dan saya juga tidak menerima atau mempercayai dakwaan tersebut secara mutlak.
Benarkah jin berminat dengan gadis seksi? Tapi hairan juga kenapa artis-aris barat yang seksi seperti Jennifer Lopez(JLo),Angelina Jolie,Selena Gomez dan Lady Gaga ataupun bintang Bollywood seperti Priyanka Chopra dan Bipasha Basu tak pula diminati oleh Jin.
Jujur! Tak pernah saya dengar mereka ini dirogol atau dicabul oleh Jin. Sedangkan mereka ini teramat seksi dan tersangat menghairahkan.Atau mungkin para Jin hanya berminat dengan gadis-gadis Melayu sebab terpengaruh dengan lagu “ Siapa bilang gadis Melayu tak menawan..”(lagu Gadis Melayu- Othman Hamzah). Atau mungkin juga mereka pernah dirogol oleh Jin, tetapi tidak hamilkan zuriat Jin kerana Jin-jn di sana selalau memakai kondom setiap kali merogol.
Mungkin ada yang mendakwa,Jin tidak akan menganggu orang-orang bukan islam. Ini hujah yang dangkal sebab dalam sistem kepercayaan masyarakat bukan islam terdapat juga kepercayaan terhadap Jin. Sebab itulah dalam filem-filem Barat, Korea dan Hindi,tema jin dan hantu seringkali diutarakan. Begitu juga dengan histeria yang seringkali juga merasuk orang-orang bukan islam.
Telah menjadi satu fenomena di Malaysia hari ini, apa sahaja yang berlaku akan dikaitkan dengan Jin. Saya pernah terbaca dakwaan kononnya penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis disebabkan oleh jin. Ada juga yang mendakwa kegagalannya dalam peperiksaan juga berpunca dari gangguan jin. Malah, minggu lepas, negara dikecohkan dengan berita kehilangan budak lelaki di Villa Nabila. Kecoh kerana kehilangan dan dikecohkan lagi dengan dakwaan penglibatan jin. Akhirnya semuanya terbongkar dan terungkai, bukan jin yang salah tapi budak lelaki itu yang nakal.
Amat merisaukan andainya sedikit masa lagi apa sahaja masalah akan dikaitkan dengan jin. Kejatuhan nilai ringgit, kemerosotan ekonomi,kekalahan dalam pilihnaraya dan apa sahaja akan dikaitkan dengan jin.
JIN OH JIN
Ingin saya tegaskan, saya bukannya tidak mempercayai kewujudan jin, tapi perihal Jin sebagaimana yang yang berdarah daging dalam sistem kepercayaan masyarakat termasuklah dalam kalangan orang-orang Melayu, masih banyak yang perlu dipertikaikan. Benar ia perlu dipertikaikan untuk memurnikan sistem kepercayaan orang-orang Melayu.