Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Tekanan darah tinggi mengancam golongan muda.

$
0
0


Mesyuarat Persatuan Hipertensi Malaysia baru-baru ini merumuskan golongan berusia 18 tahun sudah perlu peka terhadap tekanan darah mereka. Mengikut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan(NHMS) 2011 oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi berbanding 20.7 peratus pada tahun 1996 dan 32.2 peratus pada tahun 2006. 

Peningkatan peratusan ini membimbangkan para pengamal perubatan kerana hipertensi tidak menunjukkan simpton khusus selain tidak disedari kewujudannya. Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan apabila tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. 

Tekanan darah seseorang yang kurang daripada 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal. Manakala hipertensi pula biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90. Hipertensi juga dikenali sebagai pembunuh senyap. Lebih menggerunkan, bukan hanya golongan dewasa malah golongan remaja seawall 18 tahun turut menghidapi hipertensi. 

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim, dianggarkan kira-kira 8 hingga 10 juta rakyat Malaysia mengalami hipertensi tetapi hanya 3 hingga 5 juta sahaja yang mendapatkan rawatan awal, manakala kebanyakkan lambat dan ini menyebabkannya tidak dapat diselamatkan. Menurutnya lagi, bagi mengelak gejala hipertensi , orang dewasa disaran menjalani ujian darah tiga kali setahun, manakala golongan remaja seawal usia 18 tahun disaran membuat ujian darah sekali setahun.

Hipertensi menyerang golongan remaja seawal 18 tahun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Keadaan ini jauh berbeza dengan negara Asia Barat dan negara maju apabila tekanan darah tinggi dalam kalangan golongan berumur 60 tahun ke atas. Perkara ini berlaku di Malaysia kerana ramai yang bekerja pada usia muda dan tidak menjaga pemakanan. Ia diburukkan apabila pesakit yang mempunyai sejarah genetik daripada ibu- bapa tidak membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. 

Sumber: Metro Ahad, 16 Febuari 2014.Hlm E30. 

INFO TAMBAHAN: 

Entry ini ditulis setelah saya menjalani pemeriksaan kesihatan,termasuklah tekanan darah beberapa hari yang lepas. Pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, tahap kolestrol dan kencing manis. Alhamdulillah, hasilnya normal. Berhati-hatilah selalu dengan pengambilan makanan. 

Elakkan atau setidak-tidaknya kurangkanlah pengambilan garam dalam makanan dan kurangkan juga makanan berminyak. Pastikan jumlah rehat dan tidur yang mencukupi dan kawalah stress. 

“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.”

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles