Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

EMPAT LELAKI PALING RAMAI ISTERI.

$
0
0


Berkahwin, atau lebih tepat lagi beristeri adalah lumrah kepada mana-mana lelaki. Tapi memiliki ramai isteri merupakan perkara yang luar biasa. 

Tuntuan agama, melunaskan nafsu , imej dan kebanggaan diri atau apa sahaja faktor merupakan pendorong seseorang lelaki memiliki ramai isteri.

Berikut merupakan empat lelaki yang memiliki ramai isteri. 






1. Mohammad Bello Abu Bakar( 86 orang isteri dan 170 orang anak) 

Beliau mempunyai 86 orang isteri dan 170 orang anak. Guru yang juga imam ini pernah dihadapkan ke sebuah mahkamah di wilayah Niger, tengah Nigeria, pada tahun 2008 kerana didakwa menghina mahkamah dan melanggar hokum syariah yang membenarkan lelaki muslim hanya mempunyai empat isteri pada satu masa.

Kisahnya medapat perhatian dunia, namun menaikkan kemarahan penduduk islam di negaranya sendiri. Pada awalnya dia berdegil,namun akhirnya mengaku salah dan bertindak menceraikan 82 orang isterinya

 

2. Warrenn Jeffs( 80 orang isteri dan 250 orang anak) 

Lelaki ini merupakan pemimpin gereja aliran Fundamentalist Church Of Jesus Christ of Latter- Day Saints(Gereja FLDS) yang mempunyai ribuan pengikut. 

Dia mewarisi kepimpinan daripada bapanya yang berkahwin dengan 20 wanita dan mempunyai 60 orang anak. Jeffs walaubagaimanapun mengatasi bapanya dari segi perkahwinan dan memimpin gereja. 

Dia dikatakan berkahwin dengan lebih 80 wanita dan mempunyai 250 anak. Malah, dia juga turut mengahwini 17 bekas ibu tirinya- iaitu wanita yang pernah berkahwin dengan bapanya sebelum ini. 

Jeffs ditangkap pada tahun 2006, setelah menyembunyikan diri untuk beberapa tahun kerana terlibat dalam jenayah salah laku seksual dengan bawah umur. 






 3. Ziona Chana (39 orang isteri dan 94 orang anak)

Lelaki berusia 67 tahun ini hanyalah seorang tukang kayu yang berasal dari perkampungan Baktwang, Mizoram, di timur laut India. 

Setakat ini, dia dilaporkan mempunyai 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu. Kesemua mereka tinggal bersama di sebuah rumah besar yang mempunyai 100 bilik. Chana merasakan dirinya umpama ‘anak istimewa tuhan’ yang telah diberi amanah untuk menjaga ahli keluarganya yang ramai. 

Isteri pertamanya bertindak sebagai setiausaha dan akan membahagikan tugasan harian antara kesemua isterinya setiap hari. Untuk makan malam sahaja, sekurang-kurangnya 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan 100 kilogram beras diperlukan. 

Setiap isteri akan mengikut giliran untuk tidur bersamanya, namun isteri yang paling muda akan diletakkan berhampiran biliknya. Sehingga kini Chana masih berusaha untuk menambah bilangan isteri, bahkan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk mencari calon isteri. 





 4. Daad Murad Abdul Rahman(15 orang isteri dan 93 orang anak) 

Kisah lelaki berusia 64 tahun berasal dari Emeriah Arab Bersatu(UAE) ini sangat unik. Ini kerana bekas pemandu lori ini hanya mempunyai sebelah kaki kerana pernah terlibat dalam kelamangan jalan raya. Namun, di sebalik kecacatannya itu, ia tidak pernah menghalangnya untuk berkahwin ramai. Malah beliau merancang untuk melengkapkan anaknya seramai 100 orang menjelang tahun 2015. 

Setakat ini, beliau mempunyai 93 orang anak, dan lebih menarik lagi, kehidupannya ditaja oleh seorang hartawan tempatan yang menyokong usaha kerajaan untuk menambah jumlah penduduk di negara kecil itu kepada empat juta orang. 

Bagaimanapun, memandangkan dalam islam hanya dibenarkan lelaki mempunyai empat orang isteri dalam satu-satu masa, maka beliau dikatakan telah berkahwin dan bercerai dengan lebih 15 wanita sejak tahun 1960-an lagi. Namun beliau masih tetap menyara dan menempatkan kesemua anak dan bekas isterinya di rumah-rumah yang disediakan, berdekatan dengan kediamannya sekarang. 

Isterinya yang paling tua sekarang berusia 50 tahun, manakala yang paling muda pula berusia 19 tahun. 

Rujukan: Mingguan Malaysia, 21. Oktober. 2012. M/S 3 

INFO TAMBAHAN/ULASAN.

Mungkin lelaki-lelaki ini layak diistiharkan sebagai lelaki paling berjaya. Berjaya mengumpul isteri. Apakah motif sebenar mereka beristeri sebegitu ramai, mungkin mereka ada alasan tertentu.

Tajuk Lain Yang Berkaitan: 5 Filem Terpanjang di Dunia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles