Ustaz Don Daniyal dikritik hebat oleh beberapa orang ulama lantaran mentafsirkan Bani Tamim secara tidak ilmiah. Ustaz Don dalam satu kuliah/ceramahnya telah mentafsirkan perkataan tersebut secara perkauman dengan maksud taa + mim iaitu taa mewakili Tanah dan miim mewakili Melayu, dan jadilah Tanah Melayu. Dalam kuliah/ceramah tersebut, Ustaz Don bercerita tentang kehebatan bangsa Melayu, termasuklah hakikat wilayah Melayu yang turut merangkumi Indonesia, Thailand, Brunei,Myanmar, Filipina dan beberapa wilayah lagi. Namun, kontroversinya timbul apabila beliau mengaitkan Bani Tamim sebagai mewakili Tanah Melayu atau lebih tepat lagi orang Melayu yang merupakan penghuni Tanah Melayu.
Tafsirannya ini disanggah hebat oleh beberapa orang tokoh agama. Antaranya ialah Dr Asri Zainul Abidin(DRMAZA) dan Ustaz Salman Ali.
Tafsirannya ini disanggah hebat oleh beberapa orang tokoh agama. Antaranya ialah Dr Asri Zainul Abidin(DRMAZA) dan Ustaz Salman Ali.
DrMAZA mengkritik hebat tafsiran Ustaz Don(walaupun tidak disebut nama). Menurut DrMAZA tafsiran Ustaz Don itu bukan sahaja tidak ilmiah, tidak bijak dan menyeleweng,malah berbaur perkauman.
Di sini, saya paparkan sahaja di sini kritikan DrMAZA tersebut:
Saya ingin tegaskan bahawa menafsirkan hadis dengan andaian yang tidak berasas amat tidak wajar dan memperlihatkan kedangkalan pengetahuan. Umpamanya apabila Nabi s.a.w menyebut perkataan Bani Tamiim maka ia merujuk kepada satu kabilah Arab. Itu sesuatu yang difahami oleh semua. Ia mustahil ditafsirkan secara perkauman dengan maksud taa + mim iaitu taa mewakili Tanah dan miim mewakili Melayu lalu jadi Tanah Melayu.
Sesiapa yang mempelajari bahasa Arab akan tahu bahawa sebutan dalam Arab ada panjang dan pendeknya. Sebutan Tamiim تميم tidak sama dengan Taamiim تاء ميم. Bahasa Arab tidak seperti bahasa Melayu yang tidak kisah panjang pendek sebutan. Dalam Arab panjang dan pendek sebutan membentuk dan mempengaruhi bahasa. Bila Nabi s.a.w menyebut Bani Tamiim maka semua rawi meriwayatkan dengan sebutan Tamiim dan tiada sesiapa pun yang meriwayatkan dengan sebutan taa mim.
Lebih dari itu, Nabi s.a.w tak cakap melayu untuk menyebut taa miim sebagai Tanah Melayu. Jika pun kita sayang sangat kepada bangsa Melayu, berpada-padalah. Jangan kita membuat satu penafsiran yang terkeluar dari landasan ilmu, perkauman dan 'tidak bijak'.
Menarik juga kritikan yang dibuat oleh Ustaz Salman Ali. Bagi beliau tafisran Ustaz Don tersebut(tidak disebut nama) amat melampau,merepek dan merosakkan agama. Di sini saya paparkan sebahagian daripada kritikan tersebut.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ Ya Allah berkatilah negeri Syam dan berkatilah negeri Yaman.” Nabi S.A.W berdoa sebanyak tiga kali.
Syam dalam konteks pada masa itu difahami sebagai negeri atau wilayah yang terletak di atas Madinah, ini termasuklah Jordan, Palestin, Syria dan sebagainya. Manakala Yaman pula dalam konteks masa itu difahami sebagai negeri atau wilayah yang terletak di bawah Madinah, ini termasuklah Oman, Yaman, Arab Saudi yang bersempadan dengan kedua-dua negara tersebut.
Namun, bolehkah kita menerima dakwaan, Nabi Muhammad S.A.W telah mendoakan keberkatan kepada orang Malaysia. Hujahnya SYAM dalam doa Nabi S.A.W tadi merujuk kepada Malaysia, iaitu Segala Yang Anak Malaysia(SYAM).
Begitu juga dengan isu Bani Tamim,kita mungkin boleh menerima dakwaan sesetengah Individu yang mendakwa dirinya pemuda Bani Tamim. Kita boleh bertolak ansur sebab ada kemungkinan dari segi keturunan. Namun mendakwa Ta itu Tanah dan Mim itu Melayu,dan Tamim itu Tanah Melayu memang jauh dari logik dan amat merepek.
Berikut ialah beberapa info/ fakta penting mengenai Bani Tamim sebagaimana yang dinyatakan oleh Ustaz Salman Ali dan turut dipaparkan di Facebook , Dr Abu Anas Madani
Kenali siapa "Bani Tamim"بني تميم
Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata:
Aku sentiasa MENCINTAI BANI TAMIM disebabkan TIGA PERKARA yang aku dengar daripada Rasulullah shallallahu alaihi wa salam.
- 1- Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda
: هم أشد أمتي على الدجال "MEREKA adalah umatku yang PALING KUAT MENENTANG DAJJAL"
- 2- Satu hari, sampai sedekah BANI TAMIM. Lalu, Nabi shallallahu alaihi wa salam bersabda: هذه صدقات قومنا "Ini merupakan sedekah KAUM KAMI"
- 3- Ada seorang tawanan wanita daripada BANI TAMIM berada di sisi Aisyah radhiyallahu anha. Lalu, Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda:
أعتقيها فانها من ولد اسماعيل "Bebaskanlah dia kerana dia merupakan anak keturunan Ismail (alaihissalam)" [Muttafaqun Alaih]
BANI TAMIM adalah kabilah masyhur yang berada di sekitar ARAB SAUDI dan negara di sekitarnya. Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafizahullah, ketika mensyarahkan Shahih al-Bukhari di Masjid Nabawi berkata:
"Hadis ini merupakan dalil bahawa KABILAH ini akan TERUS KEKAL sehingga akhir zaman di samping KELUARGA NABI shallallahu alaihi wa salam yang akan lahir daripadanya Mahdi"
Jangan kita bencikan BANI TAMIM. Kenali mereka dan keturunan mereka. Cintailah mereka sebagaimana Abu Hurairah radhiyallahu mencintai mereka.
Semoga Allah taala berikan kekuatan kepada kita untuk bersama-sama Mahdi dan Bani Tamim untuk menentang Dajjal jika dia muncul nanti.
Penjelasan daripada Ustaz Salman Ali
Video kuliah Ustaz Don yang penuh kontroversi
Penjelasan daripada Ustaz Salman Ali
Video kuliah Ustaz Don yang penuh kontroversi