Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Selawat Perdana, Malam Cinta Allah dan Rasul: Teguran Menarik Oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah

$
0
0

Sejujurnya, saya beranggapan, teguran dan pandangan Dr Ridhuan Tee Abdullah adalah teguran dan pandangan yang paling wasatiyyah atau sederhana. Beliau tidak menentang, menyanggah dan membidahkan program tersebut, namun dalam masa yang sama beliau turut mengemukakan pandangannya untuk lebih memurnikan program tersebut. 

Beliau berpandangan atau beranggapan program ini amat baik sebagai ‘hiburan’ alternatif kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang disampaikan sebelum ini, 


Teguran Dr Ridhuan Tee Abdullah Yang Perlu Diambil Peduli

Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur penonjolan yang terlalu berlebihan kepada Rasulullah sehingga menenggelamkan penonjolan kepada ALLAH SWT. Pada hemat saya(Dr Rdihuan Tee) perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya membawa kita mengingati ALLAH, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta ALLAH dan Cinta Rasul. Dalam kata lain, utamakan ALLAH dalam segala hal. 

Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atas ku sekali, nescaya ALLAH akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti. Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi. 

Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak. 

Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda. Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. 

Sebab itu Rukun Islam dan Rukun Iman disusun sedemikian rupa. Rukun Iman misalnya, pertama Percaya kepada ALLAH, diikuti dengan mengimani yang lainnya termasuk kepada para Rasul. 

Begitu juga dengan Rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama. Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan ALLAH SWT, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

Sebab itu, akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada ALLAH SWT, sebelum kenalkan kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW. 

Tulisan lengkap beliau,langsung sahaja ke Sinar Harian 

Info Tambahan/Ulasan:

Saya yakin, teguran dan pandangan yang dilontarkan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah terhasil daripada kejujuran dan keikhlasannya sebagai pendakwah. Umum mengetahui, beliau amat tegas dan sangat teguh dengan prinsip dan pendiriannya. Prinsip dan pendirian ke arah kebaikan umat islam, terutamanya di Malaysia. Sebab itulah, dalam tulisannya, beliau tanpa gentar dan tanpa silu mengkritik mana-mana pihak baik termasuklah parti politik,baik dari BN mahupun dari PR. 

Saya yakin, ada ada golongan atau individu yang tidak menyenangi tegurannya, tapi cuba-cubalah perhatikan dengan teliti dan cuba-cubalah menghayati pesanan beliau itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644