Mengandung dan melahirkan anak, tidaklah sesenang yang diduga dan tidaklah semudah yang disangka. Sejak zaman berzaman lagi, ibu-ibu yang sedang bertarung melahirkan anak diibaratkan sedang bertarung dengan ajal.
Benar! zaman telah berubah dan kemajuan dalam bidang perubatan amat membanggakan. Namun, ibu-ibu tetap berisiko untuk kehilangan nyawa semasa melahirkan anak.
Benar! ia berjaya dikurangkan tapi tidak untuk disifarkan.
Di Malaysia, data dari kongres Saintifik Antarabangsa, Kolej Obstetrik dan Ginekologi(RCOG) 2012, menunjukkan:
- 200 wanita negara ini meninggal dunia setiap tahun semasa melahirkan anak.
- Dari segi nisbah, ia bersamaan 27 kes untuk 100,000 kelahiran (27: 100K)
Di Negara Maju pula( pasti sahaja amat berkualiti dalam aspek perubatan dan kemudahan kesihatan), data dari RCOG,2012 menunjukkan:
- Dari segi nisbah , terdapat 10 kes kematian bagi setiap 100,000 kelahiran( 10:100K)
Kesimpulannya, semaju mana sekalipun sesebuah negara dan sehebat mana sekalipun pencapaian dalam bidang perubatan, ibu-ibu tetap bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anaknya.
Moga data-data yang dikemukakan ini mampu mengetuk pintu sedar pada diri masing-masing, dan sekali gus kita akan lebih menghargai, menyayangi dan mengasihi ibu tercinta.