Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH MENEGUR USTAZ DON.

$
0
0


Dr Ridhuan Tee Abdullah turut terpanggil untuk melontarkan teguran, nasihat dan panduan kepada Ustaz dan Ustazah Selebriti. Di dalam Sinar Harian hari ini(21.04.2014), Dr Ridhuan Tee meluahkan teguran itu menerusi artikel bertajuk Fenomena asatizah segera. Antara Ustaz Selebriti yang dimaksudkan ialah Ustaz Don.

Walaupun nama Ustaz Don langsung tidak disebut dalam artikelnya ini, namun ia dapat diketahui dengan jelas apabila Isu Bani Tamim dan Ikhwan Muslimin disentuh oleh Dr Ridhuan Tee Abbdullah.. Pendekatan Dr Ridhuan Tee Abdullah adalah siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya dan siapa yang makan nangka, dialah yang terkena getahnya. 

Di sini, saya paparkan sebahagian sahaja daripada artikel Dr Ridhuan Tee, artikel lanjut dan lengkap, langsung sahaja ke Sinar Harian 

Berikut adalah sebahagian daripada tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah sebagaimana yang disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian. 

KEBELAKANGAN ini sering kedengaran perkara yang pelik-pelik dibangkitkan selebriti agamawan segera, berikutan publisiti media, program realiti TV serta penampilan yang dibuat-buat bagi menarik perhatian. Ada yang kerjanya mengkafirkan orang. Orang lain semua tidak betul, dia sahaja yang betul. Ada juga memberikan pendapat yang pelik tanpa melakukan penyelidikan atau rujukan lebih mendalam. 

 Lebih teruk lagi, ada yang membawa cerita Israeliat, cerita tidak masuk akal, semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadikan mereka menangis. Lebih menyeramkan ada yang buat-buat suara ‘gatal’ dan mendayu-dayu. Lebih dahsyat lagi, ada sudah berani demand dengan meletakkan sekian harga untuk ceramah yang ‘biasa-biasa je’. Kami yang lama ini pun tidak sebegitu berani. 

Terbaharu, ada kalangan mereka yang terlebih berani memberikan pandangan mengenai Bani Tamim, kononnya terdiri daripada kalangan orang Melayu atau merujuk kepada Tanah Melayu, hasil kombinasi huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Saya terkejut. Ini belum lagi kontroversi menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin, pimpinan Mohamed Mursi, dengan menyokong tindakan kejam dan zalim Abdel Fattah al-Sissi, di Mesir. 

Kontroversi isu ini menjadikan saya berminat untuk membuat pembacaan mendalam mengenai Bani Tamim. Hasilnya, saya tidak berani untuk membuat kesimpulan atau menyokong mana-mana teori yang dikemukakan. Ia memerlukan kajian mendalam dan pengkhususan. Kita tidak boleh begitu obsesif membuat kesimpulan simplistik. Apatah lagi untuk mengaitkan dengan huruf ‘ta’ dan ‘mim’. 

Justeru, nasihat saya kepada asatizah ‘segera’ ini, jangan terlalu obses untuk menjadi selebriti, sabar. Latih diri dahulu dengan permainan politik lensa. Kurangkan bercakap jika ia bukan bidang kita. 

Jika kurang pasti, perlu merujuk kepada pakar. Tidak boleh memberi pendapat semberono. Akhirnya menjadi bahan ketawa dan menjatuhkan reputasi sendiri. Kemudian, terhegeh-hegeh untuk membela diri. 

Sumber; Sinar Harian
 


INFO TAMBAHAN:

Teguran ini sepatutnya diterima oleh hati yang lapang dan dada yang terbuka. Ustaz Don dan para Ustaz Selebriti serta peminat-peminat setianya perlu menerimanya dengan tenang dan senang. Beberapa minggu lepas, pelakon Wardina Safiyyah telah melontarkan teguran terbuka terhadap Ustaz Don menerusi laman facebooknya. Akibatnya, peminat-peminat setia Ustaz Don menggelupur kepanasan ,malah mungkin ada yang tidak mampu melelapkan mata. Beraneka komen termasuklah kutukan dan makian dihamburkan kepada Wardina. 

Sebenarnya Wardina bukanlah orang pertama yang menegur Ustaz Don, malah, agak ramai ulama atau tokoh agama yang menegur Ustaz Don, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya ialah Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Salman Ali, Ustaz Aizam Mas’ud. Dikatakan teguran secara langsung kerana mereka menyebut/menulis perkataan Ustaz Don atau ucapan kontroversi Ustaz Don di dalam penulisan mahupun ceramah mereka. 

Terdapat juga beberapa orang tokoh agama yang menegur secara tak langsung, antaranya ialah Ustaz Hasrizal Jamil dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman. Mereka semua merupakan tokoh agama atau ulama dan teguran mereka adalah bantahan terhadap kenyataan Ustaz Don mengenai Bani Tamim dan Ikhwan Muslimin. Umum mengetahui, Ustaz Don pernah mendakwa Bani Tamim sebagai Tanah Melayu atau bangsa Melayu. Kata Ustaz Don, huruf ‘ Ta’ itu Tanah dan ‘Mim’ pula Melayu, jadi Bani Tamim ialah Tanah Melayu. Dakwaan tidak berasas ini dikecam hebat oleh beberapa orang ulama dan golongan pencinta agama. Antaranya ialah Ustaz Salman Ali. 

Ustaz Don juga telah membuat dakwaan yang amat tidak berasas mengenai Ikhwan Muslimin Mesir. Melaui ucapan atau ceramahnya, Ustaz Don seakan-akan bersetuju dengan insiden penggulingan kuasa yang dilakukan As-Sisi ke atas pemerintahan Mohammad Morsi. Kata Ustaz Don, Ikhwan Muslimin dikuasai oleh Wahhabi dan mereka berniat jahat untuk menghapuskan sistem pendidikan Universiti Al-Azhar. Fitnah jahat ini mengundang kemarahan banyak pihak terutamanya dalam kalangan aktivis gerakan islam yang amat cakna dengan perkembangan Ikhwan Muslimin. 

Turut bangkit menjawab tuduhan dan tohmahan Ustaz Don terhadap Ikhwan Muslimin ialah Ustaz Mohd Aizam Mas’ud. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan ( Akidah) JAKIM. Berikut adalah tulisan beliau di akaun facebooknya: 

“Antara perkara pertama yg dilaksanakan oleh Presiden Mursi & Ikhwan Muslimin apabila memerintah Mesir adalah mengembalikan kedaulatan Univ. al-Azhar dengan menetapkan pelantikan Syeikhul Azhar & Mufti Mesir bukan lagi "ditunjuk" oleh Presiden tetapi oleh para ulama besar al-Azhar sendiri. Oleh itu, amat dangkal sekali sesiapa yg menuduh Ikhwan Muslimin bakal menghapuskan pendidikan al-Azhar atas alasan kononnya dianggotai oleh ramai pengikut Salafi/Wahabi. Tahukah kita, bahawa Ikhwan bukan shj dimusuhi oleh gerakan zionis & puak sekular, tetapi Ikhwan juga dimusuhi oleh puak Salafi keras spt aliran Madkhali dan puak Asy'ari keras dari aliran Ahbash? Semoga Allah merahmati jamaah Ikhwan dan melindunginya drpd segala fitnah yg zahir mahupun yg tersembunyi..”

 Hari ini, Dr Ridhuan Tee Abdullah pula yang bersuara dan meluakan kebimbangan terhadap kegelojohan dan keghairan sesetengah Ustaz Selebriti. Harap-harap peminat tegar Ustaz Selebriti yang ditegur ini tidaklah melatah dan bertindak seakan-akan orang hilang akal. Terimalah teguran mereka ini dengan tenang dan senang. Budaya taksub membabi buta dan membuta tuli akan dapat diatasi andainya kita mengutamakan hujah dan ilmu dan bukannya mendahulukan populariti ustaz-ustaz selebriti. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles