Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab adalah Hadith Palsu


Hukum menyebarkan hadith palsu bagi mereka yang mengetahui kepalsuannya adalah HARAM, kecuali dengan menyatakan kepalsuan hadith tersebut. Sehubungan itu,penyebaran hadith-hadith yang semata-mata diambil dari internet, termasuklah facebook yang tidak diketahui kedudukan dan autoriti laman web tersebut mestilah dijauhi oleh umat islam. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Sesiapa mendustakan aku dengan sengaja,sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya dari api neraka. "

Menjelang bulan Rejab yang bakal menjelma, terdapat segelintir pengguna facebook yang menyibukkan diri untuk menyebar hadis-hadis mengenai fadilat atau kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Fadilat tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. 

Matlamat penciptaan hadith palsu ialah untuk menggalakkan orang ramai beramal, termasuklah berpuasa di bulan Rejab, namun matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Berdusta atas nama Rasulullah S.A.W adalah haram dan diizinkan oleh syarak walau dengan apa alasan sekalipun. 

Antara fadilat atau kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang tersebar luas di facebook ialah 
  1. Barangsiapa yang berpuasa 7 hari di Bulan rejab, maka ditutup pintu-pintu neraka Jahannam
  2. Barangsiapa yang berpuasa 8 hari di Bulan Rejab, maka dibuka 8 pinmtu syurga 
  3. Barangsiapa yang berpuasa 10 hari di Bulan Rejab, maka akan dikabulkan segala permintaannya.
  4. Barangsiapa yang mengingatkan kepada orang lain mengenai hadis ini, ianya bersamaan dengan ibadah selama 80 tahun. 

 


Syukurlah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang kepalsuan hadith mengenai kelebihan bulan Rejab ini. 

Sebenarnya isu ini bukanlah isu baru, malah sebelum ini beberapa orang ulama telah tampil menyatakan kepalsuan hadith-hadith mengenai kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Antaranya ialah, Bekas Prof Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Abd Shukor dan Dr Abdul Ghani Azmi b Haji Idris. 

Untuk huraian lanjut sila rujuk buku tulisan Dr Abdul Hayei bertajuk Islam & Manusia 1001 Kemusykilan, pada halaman 245, dan buku bertajuk Amalan Bid’ah pada bulan Muharram, Rejab, Sya’ban dan Ramadhan oleh Allahyarham Dr. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Perihal bulan Rejab terdapat pada halaman 39-102. 


INFO TAMBAHAN. 

KESIMPULANNYA AMAT MUDAH, menyebarkan hadith palsu walau dengan apa cara/medium dan apa sahaja matlamat, termasuklah matlamat yang baik,hukumnya tetap haram dan berdosa. Diulangi! hukumnya tetap haram dan berdosa. 

Menyebarkan hadith palsu bererti menempah tiket untuk ke neraka. Hari ini hadith palsu disebarkan dengan begitu meluas dengan bantuan media sosial termasuklah facebook. Ini gara-gara sikap pengguna facebook yang terlalu bermurah hati menawarkan diri untuk menjadi TUKANG SHARE. Kononnya cakna agama, padahal tindakan tersebut merupakan sebuah pengkhianatan terhadap agama. Diulangi! Perbuatan share hadith palsu di facebook adalah sebuah pengkhianatan terhadap agama. 

Sesetengah pengguna facebook sanggup menjadi TUKANG SHARE kerana ingin meraih pahala, padahal tindakannya itu umpama mengutip dosa. 

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Hukum Kongsi Hadith Palsu di Facebook

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles