![]() |
Harian Metro,4 Jun 2013. |
Tak kenal maka tak cinta! Ungkapan itu sentiasa benar dan releven sepanjang masa.
Berapa ramaikah antara kita yang mengenai diri sendiri, bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sesungguhnya mengenali dan memahami diri sendiri akan memaknakan hidup kita, sekali gus menjadikan kita insan yang bersyukur kepada Maha Pencipta.
Jom! Kita selongkari diri sendiri bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari. Mudah-mudahan dengan ini akan mendekatkan kita kepada Allah.
- Mulut kita menghasilkan 1 liter air ludah setiap hari
- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari
- Rata-rata perkataan yang dibiacarakan manusia ialah 5,000 kata setiap hari.
- Purata jangka hayat manusia meminum air sebanyak 75,000 liter dan seandainya kuota air dalam tubuh berkurang 1 peratus, serta merta kita akan berasa haus.
- Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari, manakala wanita pula lebih kurang 70 helai
- Otot yang bekerja paling cepat di tubuh kita ialah di kelopak mata. Ini kerana ia membuat kita berkedip dengan jumlah kira-kira 5 kali kerdipan dalam satu minit
- Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki
- Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya berfungsi seperti kamera yang menghantar imej data ke otak. ¼ bahagian daripada otak digunakan untuk mengatur apa jua kerja yang akan dilakukan oleh mata.
Sumber; Harian Metro,4 Jun 2013.