Aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.
Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.
“Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.
Lebih lanjut,langsung sahaja ke ;--> SINI
INFO TAMBAHAN:
Saya tidak berminat untuk mempersoalkan kelayakan mereka bertiga untuk menerima gelaran datuk, cuma saya tertanya-tanya perihal kerajaan Naning. Seingat saya, Naning dahulunya merupakan sebuah wilayah yang merdeka dan berasingan daripada Melaka.
Tapi, apabila British menduduki Melaka, Naning telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Melaka, dan British turut melaksanakan dasar-dasar pentadbirannya di Naning. Ini menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat pimpinan Dol Said. Isunya sekarang, macam mana boleh wujudnya Kerajaan Naning.