Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica, atau lebih dikenali sebagai Gotu Kola, berasal dari family Umbelliferae. Ia merupakan sejenis saka yang kekal hidup speanjang tahun. Di Malaysia, pegaga biasanya dijadikan ulam, namun kini terdapat pelbagai produk berasaskan pegaga seperti teh , kapsul dan tablet. Berikut adalah antara khasiat dan kebaikan pegaga, iaitu:
- Membantu menyembuhkan luka dengan membantu menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di tempat luka.
- Pegaga juga digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung dan juga baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali keremajaan golongan tersebut.
- Pegaga juga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultraunggu
- Pegaga juga boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
- Daun pegaga yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
- Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas. Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
- Pegaga juga dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan
- Pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi.
Sumber: dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia, Agro Mega, 7 Julai 2014.