Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

APABILA PEROGOL MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEBEBASAN UNTUK MEROGOL.

$
0
0

Andainya diwujudkan Persatuan Rogol Merogol, mungkin Mukesh Singh yang paling layak menjadi Presidennya. Dia bukan sahaja tidak diburu rasa bersalah dan tidak dijentik penyesalan, malah dengan penuh bangga dia mewajarkan tindakan para perogol, dan baginya yang bersalah bukanlah perogol tetapi manga rogol. Mungkin baginya, rogol merogol adalah salah satu aktiviti di masa lapang atau setaraf dengan sukan dan permainan. 



"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," itu katanya yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh. 

Alasan dan hujah yang dilontarkannya juga cukup hebat dan bernas, iaitu. 

"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.” 

Sebagai perogol tegar yang amat menyanyangi profesion rogol merogol, Mukesh turut membantah dan mempertikaikan hukuman mati yang dikenakan terhadap perogol. 

Dia mendakwa, andainya hukuman mati tidak diperkenalkan, perogol akan merogol secara budiman, tapi oleh kerana perlaksanaan hukuman tersebut, perogol terpaksa bertindak ganas dan kejam. 

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh. 

INFO TAMBAHAN: 

Manusia akan mencipta seribu alasan untuk mewajarkan tindakannya. Mereka akan membentangkan sejuta hujah untuk merelevenkan perbuatannya. Mereka inginkan khalayak menerima perbuatan dan tindakannya dengan senang dan tenang. 

Begitu juga dengan penjenayah, termasuklah perogol. Seboleh-bolehnya mereka ingin merogol dengan senang dan tenang tanpa gangguan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644