Umumnya penggemar sirih terdiri daripada orang-orang tua, terutamanya yang menetap di kampung. Secara peribadi, saya masih terkenangkan arwah nenek yang gemar memakan sirih. Masih ternampak-nampak kegigihannya mengacip pinang dan menyapu kapur pada daun sirih, dan kemudiannya sirih tersebut ditumbuk lumat dengan menggunakan peralatan tertentu(di Kelantan di kenali sebagai gobek).
Secara peribadi juga, saya pernah menikmati jus sirih ketika berkunjung ke Medan, Sumatera Utara, Indonesia beberapa tahun dahulu. Saya hanya mampu menelan seteguk dua sahaja, ternyata saya tak terdaya untuk menikmatinya.
Sebenarnya sirih turut mempunyai kebaikan dan khasiat tertentu yang dapat dimanfaatkan untuk kesihatan.
Untuk entry ini saya akan paparkan khasiat dan kebaikannya sebagaimana disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 26 Januari 2015.
Berikut adalah Khasiat dan kebaikan Sirih.
- 1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak
- 2. Sebagai pencuci bahagian faraj bagi menangani masalah keputihan, menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bacteria
- 3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang
- 4. Menghalang dan menghentikan hidung berdarah
- 5. Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap
- 6. Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan
- 7. Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan
- 8. Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak
- 9. Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur
- 10. Membantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat selain melembapkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.
- 11. Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah
- 12. Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.