Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Lima tips menghadapi peningkatan kos sara hidup.

$
0
0

Peningkatan kos sara hidup benar-benar menatijahkan keperitan kepada semua. Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah amat terseksa lantaran peningkatan kos sara hidup, apatah lagi apabila mempunyai jumlah tanggungan yang ramai dan menetap pula di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Kenaikan harga petrol dan peningkatan harga barang, serta kenaikan bayaran atau tambang pengangkutan awam benar-benar mengasak hidup. Namun seperit mana sekalipun, inilah realiti yang terpaksa dihadapi. 

Segetir mana sekalipun, kita terpaksa menerimanya walau tanpa tenang dan senang. Maka, sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu, kita perlu melaksanakan perbelanjaan berhemah untuk memastikan asakan hidup ini tidak melumpuhkan hidup dan kehidupan kita.

Di sini, saya ingin berkongsi ( dengan sedikit pengubahsuaian ) tips yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mac 2015. Artikel asal tersebut bertajuk 5 Tips kawal kewangan .Saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama. 


Berikut adalah tips untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup 

1.Kurangkan Makan Di Luar 

Tip ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur adalah sangat tinggi sehingga 3 kali kos menyediakan makan sendiri di rumah. Jadi adalah lebih baik, jika kita makan dahulu di rumah sebelum keluar. 

Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk kita mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang kita miliki sehingga hujung bulan. 

2. Catat Perbelanjaan 

Catat perbelanjaan harian kita, berapa duit masuk dan berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan kita maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian kita. Cara ini juga membantu kita mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. 

Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu kita dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya. 

3. Menyimpan. 

Ramai yang beranggapan bahawa simpanan merupakan lebihan wang setelah menolak perbelanjaan daripada pendapatan. Ini adalah tanggapan yang silap. 

Sebenarnya perkara pertama yang perlu dibuat setelah mendapat gaji atau pendapatan ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan. Saranan yang paling popular ialah 10%, manakala orang Jepun pula mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. 

Pastikan kita menyimpan di institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit tersebut, contohnya di Tabung Haji.

4. Jaga harta benda. 

Ini kerana membaik pulih sesebuah peralatan terutamanya yang sering dan menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita. 

Oleh itu amat penting untuk kita sentiasa menjaga dengan baik dan mengadakan penyelenggraan berkala terhadap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan. 

5. Kurangkan pengunaan kad kredit.

Pengunaan kad kredit boleh menyebabkan kita berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai tahap itu. 

Namun, sedar atau tidak, itu semua menyebabkan kita alpa dalam berbelanja hingga berlebihan. Apa mahu risau, kita sentias sahaja boleh bayar setiap bulan, sangka kita. Tetapi jika diteliti dengan mendalam, pemikiran tersebut telah menyebabkan sejumlah besar pendapatan kita hanya untuk membayar hutang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644