Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, menurut Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri. "Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita akan memohon waran tangkap daripada Hakim Mahkamah Syariah," kata Syeikh Ahmad Fisol pada sidang media di pejabatnya di Alor Setar.
Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.
Lebih lanjut, langsung sahaja ke Bernama
INFO TAMBAHAN.
Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Kedah. Harap Kerajaan Negeri Kedah tegas dan nekad dalam melaksanakan peraturan ini, dan jangan sesekali tunduk terhadap bantahan dan tentangan daripada musuh-musuh agama.
Saya yakin, pasti ada golongan yang akan menentang usaha murni ini, termasuklah daripada peguam-peguam yang anti- islam.
Tidak lama dahulu, Pengarah eksekutifnya Lawyers for Liberty(LFL) Eric Paulsen telah menentang dan membantah usaha murni kerajaan negeri Kelantan yang ingin mengenakan tindakan terhadap lelaki Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut.
Katanya, tindakan Kerajaan Kelantan itu melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan, berkaitan kebebasan individu, kebebasan bergerak dan kebebasan beragama. Tidak berapa lama kemudian, si tolol ini telah menghina mengaitkan khutbah Jumaat dengan kegiatan pelampau agama.
Malangnya, terdapat segelintir umat islam yang menyokong perjuangannya. Ini semua berlaku kerana kemaruk ingin mengusai Putrajaya hinggakan terpaksa menyokong musuh agama asalkan cita-cita terlaksana.