Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Wartawan Kosmo mengganas gara-gara cinta tak berbalas

$
0
0

Cinta tidak semestinya bersatu, dan kasih juga tidak semestinya berpadu. Bagi orang yang memahami hakikat ini mereka sentiasa redha dan pasrah walaupun hatinya terguris luka. Mereka sedar hakikat takdir dan mereka faham perihal qadak dan qadar. 

Tapi, tidak semua orang dapat menerima kehancuran cinta dengan senang dan tenang, malah lebih teruk lagi, kehancuran cinta itu menyebabkan seseorang itu berubah sikap dan sifat serta watak dan perwatakan. Tidak kurang juga yang menjadi seorang yang sangat pendendam dan sanggup bertindak kejam. 



Langsung kepada tajuk, sesiapa sahaja yang membaca akhbar tabloid Kosmo bertarikh 20 Mei 2015, halaman 3, atau membacanya secara online di laman sesawang Kosmo, pasti sahaja akan diselebungi misteri. 

Pembaca pasti sahaja tertanya-tanya, apakah motifnya Suhana Md.Yusup, seorang wartawan di akhbar Kosmo (saya difahamkan, beliau juga editor akhbar tabloid tersebut) menulis tajuk berita yang penuh kontroversi. Berita bertajuk Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah. Ia merujuk kepada kes pembunuhan Rosshida Abdullah. Jadi tajuk yang sepatutnya digunapakai oleh untuk berita tersebut ialah, ‘Tunang diheret ke mahkamah’ atau ‘Pembunuh Rosshida diheret ke mahkamah’. 

Aneh dan sangat aneh, sebab sebelum ini tidak pernah ada mana-mana akhbar di Malaysia, malah di seluruh dunia yang ‘mention’ nama negeri kelahiran penjenayah sebagai tajuk sesuatu berita. Ketika Ayah Pin sedang hangat diperkatakan, tidak pula ada mana-mana akhbar menulis tajuk beritanya dengan tajuk Lelaki Terengganu mengaku Tuhan, dan ketika seorang pelajar tingkatan empat di Terengganu melahirkan anak di dalam tandas, tidak pula ada mana-mana akhbar menulis tajuk beritanya dengan tajuk Gadis Terengganu bersalin dalam tandas, begitu juga ketika peristiwa pemandu Myvi terlibat dalam lumba haram hingga mengorbankan tiga sekeluarga di lebuh raya DUKE, tidak pula mana-mana akhbar menulis tajuk berita berbunyi Lelaki Selanggor berrlumba haram mengorban tiga sekeluarga.

Timbul tanda tanya yang mengasak minda, apakah yang menyebabkan Suhana Md. Yusop me’mention’kan Kelantan dalam penulisannya. Adakah dia tidak memahami etika kewartawanan? Mustahil sekali, kerana beliau sudah tentu seorang yang terpelajar dan terdedah dengan ilmu kewartawanan. Akhirnya teka-teki itu terjawab setelah saya menyelongkar ke beberapa laman sosial, terutamanya facebook. 

Rupa-rupanya Suhana sememangnya amat memusuhi Kelantan. Ya, dia anti Kelantan dan amat membenci Kelantan. Ada sejarah tersendiri mengapa beliau bersikap sedemikian. Semuanya gara-gara kehancuran cinta. Cinta kenangan silam yang menjadikannya begitu kejam dan zalim terhadap Kelantan.

Saya difahamkan, Suhana pernah menaruh hati terhadap seorang jejaka Kelantan. Tapi sayang seribu kali sayang, cintanya tak berbalas. Jujur! Saya tak pasti bilakah tragedi ini terjadi. Adakah ketika beliau di alam persekolahan, ketika di alam kampus atau ketika di alam kerjaya. Takdir penentu segalanya, akhirnya dia ketemui cinta setelah dua tahun berlalunya tragedi cinta tak berbalas. 

Takdir penentu segalanya juga kerana lelaki yang sudi menerima cintanya juga berasal dari Kelantan. Tapi takdir tetap takdir, cintanya tak bertahan lama dan kasihnya tak kesampaian. Kegagalan dalam percintaan itu menyebabkan dia mengalami kemurungan dan kekecewaan yang Maha Dahsyat. Dan, bermula dari detik itulah Suhana amat membenci negeri Kelantan, terutamanya lelaki-lelaki dari negeri Cik Siti Wan Kembang tesebut. 

Setakat manakah kesahihan kisah ini, tidaklah dapat saya pastikan. Tapi, untuk setakat ini, prinsip saya mudah sahaja, iaitu saya tidak menolaknya secara total, dan tidak juga menerimanya secara mutlak. Dan segalanya mungkin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644