Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Email bantahan kepada wartawan Kosmo, Suhana Md. Yusop.

$
0
0

Suhana Md. Yusop adalah seorang wartawan yang cemerlang yang berkhidmat dengan akhbar tabloid Kosmo. Sudah bertahun lamanya dia berkhidmat dengan akhbar tabloid tersebut. Malah, beliau pernah menerima anugerah wartawan akhbar terbaik pada tahun 2009. Memandangkan sudah sekian lama melibatkan diri dalam kerjaya wartawan dan pernah dianugerahkan pula Anugerah Wartawan Terbaik, tentu sahaja beliau seorang wartawan yang professional dan amat memahami etika kewartawanan.

Tapi, kepada sesiapa yang membaca tulisannya di dalam akhbar Kosmo bertarikh 20 Mei 2015,tentu sahaja terkejut dan tertanya-tanya. Dia menulis berita bertajuk Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah. Apakah motifnya penggunaan headline atau tajuk tersebut. 

Tidak pernah kita dengar tajuk berita berbunyi Lelaki Terengganu Mengaku Tuhan( untuk merujuk kes Ayah Pin) atau Tiga Sekeluarga Terbunuh, Gara-Gara Lelaki Selangor Berlumba Haram. Amat aneh, jelek dan dangkal, apabila nama negeri teruduh/penjenayah di’mention’kan. 

Setelah diselidik, rupa-rupanya Suhana Md. Yusod mempunyai dendam kesumat terhadap Kelantan, ini gara-gara kegagalan cintanya dengan lelaki Kelantan. Lebih lanjut, tentang ini, sila baca entry saya sebelum ini, lihat dan baca entry bertajuk -->Wartawan Kosmo Mengganas, Gara-Gara Cinta Tak Berbalas

Jadi atas dasar perjuangan dan mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap kerjaya wartawan, maka saya terpanggil untuk menulis email kepadanya. Saya paparkan email tersebut di sini. 

Bantahan terhadap tajuk berita LELAKI KELANTAN DIHERET KE MAHKAMAH.

Assalamualaikum .

Merujuk kepada perkara di atas saya sejujurnya amat tidak bersetuju dengan penggunaan ‘headline’ atau tajuk berita yang anda tulis LELAKI KELANTAN DIHERET KE MAHKAMAH. 

Anda sebagai wartawan berpengalaman dan pernah memenangi anugerah wartawan terbaik, sepatutnya mempunyai kewarasan dan mematuhi etika penulisan. Anda tidak perlu sama sekali mengaitkan nama Kelantan apabila pelaku jenayah melakukan salah laku. Ini kerana penjenayah boleh muncul di mana-mana sahaja tanpa megira lokasi, negeri mahupun bangsa serta agama. 

Umum mengetahui anda mempunyai sejarah silam dengan lelaki Kelantan. Kisah cinta anda terhadap lelaki Kelantan yang tak berbalas dan kemudiannya kisah cinta anda dengan lelaki Kelantan yang tidak kesampaian. Kisah ini tersebar luas hasil penyelongkaran dan pembongkaran orang ‘dalam’ Kosmo juga. Saya bersimpati terhadap nasib malang anda, namun itu bukanlah satu alasan untuk menghukum seluruh warga Kelantan.

Sejujurnya saya akui, wartawan adalah satu profesion yang mulia jika dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan mematuhi etika kewartawnan. Namun ia bisa mengundang dosa dan murka Allah SWT serta kemarahan manusia jika seseorang wartawan itu melacurkan etika kewartawanannya dan melanggar hukum hakam agama demi menggapai kejayaan dalam kerjaya. 

Saya memohon jutaan maaf, jika email saya ini menguris perasaan anda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Latest Images

Trending Articles