Kerajaan Negeri Kelantan bakal menjadikan Indera Putra Mahyuddin sebagai ikon sukan negeri Kelantan. Kriteria utama yang dinilai ialah kerana Indera Putra selalu menutup auratnya setiap kali beraksi dalam perlawanan bola sepak.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO),Dr Ramli Mamat berkata, hasrat tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan. Untuk permulaan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan tonggak utama The Red Warriors untuk perbincangan lanjut mengenai isu berkenaan.
Beliau berkata “ Kejayaan Indera Putra menutup aurat wajar diberi pujian dan ia membuktikan bahawa menutup aurat tidak menjejaskan prestasinya ketika bermain bola sepak”
Sinar Harian(Edisi Kelantan), Selasa 2 Julai 2013, halaman 18.
Tajuk Lain Yang Berkaitan : Tahniah Buat Red Giants