Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Ustaz Kazim Elias menegur Azalina Othman

$
0
0

Syabas dan tahniah kepada, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias(DUKE) kerana telah bertindak menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF). Seperti diketahui umum, baru-baru ini Azalina telah bertindak bodoh dan melontarkan saranan yang amat tolol kepada LPF. Saranan agar LPF tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini telah bertindak menyokong adegan menghairahkan di dalam drama dan filem dengan alasan itu semua hanyalah lakonan semata-mata. Beliau berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. 



"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan."Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" Beitulah kata-kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini. 

Akibatnya ramai yang tampil menentang ajaran sesat Menteri berkenaan. Malah, tidak kurang juga yang melabelkan sebagai Menteri Celaru Jantina, Menteri Tomboi, Menteri Kitar Semula dan macam-macam lagi. 

Lagi menarik, beberapa orang tokoh agama turut tampil membangkang ajaran sesat Azalina Othman. Antaranya ialah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan Ustaz Kazim Ellias. Berikut adalah teguran daripada Ustaz Mohd Kazim Elias, sebagaimana disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian 

 "Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

 "Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan,"

INFO TAMBAHAN:
 
Perdana Menteri, Dato Seri Najib sepatutnya lebih cermat dan teliti ketika membuat perlantikan menteri-menteri yang baharu setelah melakukan rombakan kabinet baru-baru ini. Selama ini Hassan Malek dan Ahmad Maslan sudah serasi dengan imej badut dalam Kabinet, kini Azalina pula memainkan fungsi tersebut setelah Hassan Malek digugurkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles