Sebagaimana siri perhimpunan Bersih sebelum ini, Bersih 4.0 juga pastinya mengegagarkan negara. Awal-awal lagi penganjurnya ,Maria Chin Abdullah telah menasihati peserta agar member kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak membawa sebarang senjata serta anak-anak. Setakat manakah ia akan dipatuhi? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Saya tertarik dengan pandangan Ustaz Salman Ali menerusi laman facebooknya. Katanya,
"Pengalaman negara arab baru-baru ini memberi isyarat menjatuhkan pemimpin melalui kekerasan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. keruntuhan sistem pemerintahan jauh lebih memudaratkan berbanding membiarkan para pemimpin mengaut kekayaan negara secara rakus... ..."

“Jangan menggunakan air yang kotor untuk membersihkan benda yang kotor”