Ulser ataupun luka di dalam mulut. Ia terjadi kerana beberapa sebab, antaranya ialah tergigit, terkena benda tajam, air terlampau panas. Ulser sememangnya membuatkan kita tidak senang, terutamanya untuk bercakap dan makan. Kebiasaannya ramai yang memilih bonjela untuk merawat ulser, namun di sini saya kongsikan beberapa kaedah lain untuk merawat dan menyembuhnya.
Tips atau cara-cara menghilangkan ulser ini asalnya dipaparkan di dalam akhbar Harian Metro yang bertarikh 12. Febuari.2014. Saya paparkan kembali di sini untuk manfaat bersama.
Cara-cara menyembuhkan Ulser dengan cepat dan berkesan.
1. Menggunakan air garam.
Ini adalah cara tradisional dan menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi. Berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di dalam mulut, kebiasaannya akan menyembuhkan ulser. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
2. Air dan Banking Soda
Campuran air dan banking soda boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan rasa pedih, namun secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit. Bahan campuran ini adalah cara cepat untuk menyembuhkan ulser di mulut
3. Elakkan makanan masam
Makanan masam boleh menyebabkan iritsi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Seboleh-bolehnya elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya
4. Air Kelapa.
Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan agar menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan
5. Vitamin B.
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12, maka ulser yang muncul mungkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B12, suplemen B9 serta makanan yang mengandungi banyak zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. Antaranya ialah bayam, jagung, apricot, yogurt dan telur.
6. Vitamin C.
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain pengambilan suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama. Memperbanyakkan pengambilan vitamin C akan dapat membantu proses penyembuhan ulser.
Moga-moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama, terutamanya oleh orang-orang yang mengalami ulser.