Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Pantai Senok Pulau Nami Malaysia

$
0
0


Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan tiba-tiba menjadi begitu popular. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial atau lebih tepat lagi kuasa viral. 

Sebenarnya sebelum ini, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ini untuk sesi fotografi sebgai kenangan sepanjang hayat. 

Namun, pada waktu itu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru. 


Pulau Nami Malaysia, itulah tajuk yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 15.Febuari.2014. Sebenarnya jolokan tersebut telah tersebar di laman sosial, ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok ru di Pantai Senok yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan. 

Secara peribadi saya pernah berkunjung ke Pulau Nami di Korea Selatan pada penghujung tahun 2013. Kunjungan pada musim sejuk, di mana pulau yang terkenal dengan drama Winter Sonata itu diselimuti salji. 

Berdasarkan pengalaman ke Pulau Nami,secara peribadi berani saya katakan Pantai Senok memang layak untuk dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia. Cuma bezanya, di sana ada empat musim di mana para pelancong dapat menikmati suasana pada musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tetapi di Pantai Senok pula pengunjung hanya dapat menikmati panorama dan pemandangan pada musim yang sama sahaja.

Sebenarnya pokok-pokok ru di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu. 

Kini pokok-pokok ru tersebut mula membesar menjadi semakin matang, sekali gus mengindahkan kawasan Pantai Senok hingga menjadi sebahagian tarikan pelancong di Kelantan. 




Namun, di sebalik keindahan Pantai Senok tersebut, terselit juga episod duka. Benar Pantai Senok semakin dikenali dan jumlah pengunjung semakin bertambah. Namun, malangnya jumlah sampah sarap juga semakin meningkat. Sikap pengunjung yang tidak mementingkan kebersihan Pantai ini amatlah dikesali. 

Menurut Setiausaha Majlis Daerah Bachok(MDB), Mohd Zaidi Mat Jusoh,pihaknya telah menyediakan tong sampah di kawasan Pantai Senok selain menyediakan jadual kutipan sampah secara berkala. 

Tidak hanya pihak MDB, malah pertubuhan kebajikan Perantau Bachok juga turut membekalkan tong-tong sampah untuk kemudaha pengunjung di pantai ini. Namun, masalah sampah tetap belum bernoktah. 

Moga-moga pada masa akan datang, para pengunjung akan lebih memahami erti bersih dan makna kotor. 

Berminat dengan Busana Muslimah dan pakaian yang patuh syariah, jom dapatkan di ----> SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644