Sebelum melanjutkan bicara, ingin saya tegaskan entry ini bukanlah bermatlamat untuk membuat review terhadap filem Bajrangi Bhaijaan. Ia sekadar entry biasa-biasa untuk menyatakan pandangan saya.Tidak lebih dari itu. Jadi entry ini tidak akan ditulis dalam format review.
Bajrangi Bhaijaan!
Mungkin dalam kalangan peminat filem Bollywood di Malaysia, filem ini kurang dikenali berbanding filem Dilwale.
Di laman sosial, terutamanya facebook, agak ramai kenalan saya yang mengistiharkan kegigihannya ke pawagam untuk menonton filem Dilwale. Bukan sekali dua, malah ada yang berkali-kali menonton filem tersebut tanpa bosan dan jemu.
Dilwale sememangnya sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Bollywood, termasuklah di Malaysia.Mereka amat merindui gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol . Agak ramai juga yang meramalkan filem Dilwale mampu mengulang kembali sejarah Dilwale Dulhania Le Jayange yang disiarkan pada tahun 1995.
Umum mengetahui Dilwale Dulhania Le Jayange telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia menjadi filem paling lama ditayangkan di pawagam di India.
Namun, nasib Dilwale tidaklah sebaik nasib Dilwale Dulhania Le Jayange. Selain gagal mengulangi kejayaan filem Dilwale Dulhania Le Jayange, ia juga mendapat kritikan daripada ramai pengkritik filem di India.
Malah, sesetengah pengkritik filem mengatakan filem Dilwale tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang benar-benar dapat memberi kepuasan kepada penonton, dan menyifatkan ia sekadar menyandarkan populariti Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai pelaris.
Lupakan seketika perihal Dilwale, Shah Rukh Khan dan Kajol, sebab entry ini adalah untuk bercerita tentang sebuah filem Hindi yang cukup hebat, iaitu filem Bajrangi Bhaijaan. Filem yang menampilkan Salman Khan dan Harshaali Malhotra serta Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui ini amat menyentuh hati dan mengusik sanubari. Jujur dan ikhlas, mata saya seringkali berkaca tanpa sedar tatkala menonton filem ini.
Filem ini mengandungi seribu erti dan sejuta makna. Erti keinsanan dan makna kemanusiaan. Erti kasih dan makna sayang. Erti pengorbanan dan makna ketabahan.
Filem ini memaparkan pengorbanan Pawan(Salman Khan) seorang lelaki India yang beragama Hindu yang membantu Shahida(Harshaali Malhotra) seorang anak kecil yang beragama islam kembali ke pangkuan keluarganya di Pakistan. Disebabkan Shahida tidak dapat bertutur/bisu maka, Pawan yang tidak mengetahui nama asalnya telah memanggilnya sebagai Munni.
Untuk mengembalikan Shahida/Munni ke pangkuan keluarganya tidak sesenang yang diduga dan tidak juga semudah yang dijangka. Lautan cabaran terpaksa direnangi dan dihadapi oleh Pawan dengan ketabahan. Jujur, ia sungguh mengusik sanubari.
Selain memaparkan persoalan kasih sayang dan pengorbanan tanpa mengira negara, kasta dan agama. Filem ini juga memaparkan isu-isu yang amat segar dan bugar. Paling ketara ialah tentang konflik antara India dan Pakistan. Umum mengetahui India dan Pakistan mempunyai sejarah yang tersendiri. Sejarah yang panjang dan sarat dengan persengketaan. Pakistan pada suatu ketika dahulu adalah sebahagian daripada India, namun akhirnya memisahkan diri dari India pada tahun 1947. Konsepnya mudah sahaja, Pakistan adalah negara di bawah pentadbiran umat Islam, dan India pula adalah negara yang dikuasai penganut Hindu.

Perseteruan antara Pakistan dan India seringkali terjadi kerana beberapa faktor, antaranya ialah kerana pertikaian terhadap wilayah Kashmir. India dan Pakistan saling berkonfrontasi untuk me¬rebut kawasan di wilayah Kashmir sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam tiga peperangan iaitu pada 1947, 1965, dan 1971. Peperangan pertama berlaku pada 1947 sehingga 1948, diikuti perang kedua dari Ogos hingga September 1965.
Malah pada tahun 1971, India sekali lagi berperang dengan Pakistan kerana sikap dan pendirian India yang menyokong dan membantu pemisahan Pakistan Timur dari Pakistan Barat yang akhirnya melahirkan negara baru yang kini dikenali sebagai Bangladesh(Pakistan Timur).
Ketiga-tiga peperangan meragut beribu-ribu nyawa penduduk awam, dan peperangan berakhir selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan penguatkuasaan gencatan senjata. India dan Pakistan juga hampir berperang buat kali keempat pada 2002 apabila kerajaan kedua-dua negara bertindak mengerahkan sejuta tentera lengkap bersenjata ke perbatasan kedua-dua kuasa nuklear itu, berhampiran wilayah Kashmir, namun berjaya dihalang pihak antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, filem ini juga menjadikan India sebagai lokasi pengambaranya, terutamanya wilayah wilayah Jammu Kashmir. Kashmir terkenal dengan gelaran 'Paradise On The Earth'. Gelaran yang tentu sahaja membawa seribu erti dan sejuta makna. Tentu sahaja erti indah dan makna menawan.
Secara peribadi, saya pernah berkunjung ke sana beberapa tahun yang lepas. Entry khas tentang Khashmir pernah saya tulis dalam entry yang lepas, klik --> SINI
Jujur! secara peribadi juga, saya anggap Kashmir adalah wilayah yang paling istimewa di India. Istimewa kerana keindahan alam semulajadinya. Istimewa juga kerana warisan atau tinggalan sejarah dan paling istimewa ialah, kerana 95 peratus warganya adalah beragama islam. Kashmir juga jauh lebih bersih berbanding wilayah-wilayah lain di India.
Kepada sesiapa yang belum menonton file mini, carilah ruang dan peluang untuk menontonnya. Mungkin tanpa disangka dan tanpa diduga air mata anda akan mengalir dan membasahi pipi.