Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Selamatkan Pantai Senok.

$
0
0

Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan merupakan 'antara lokasi pelancongan yang popular di Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial, atau lebih tepat lagi kuasa viral. Facebook dan Instagram sangat berperanan dalam ‘menjual’ dan ‘menjaja’ keindahan Pantai Senok. 


Sebenarnya sebelum ini, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ini untuk sesi fotografi sebgai kenangan sepanjang hayat. 

Namun, pada waktu itu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru. 



Pulau Nami Malaysia, itulah jolokan yang diberi. Sebenarnya jolokan tersebut telah tersebar di laman sosial. Ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok ru di Pantai Senok yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan. 



Tapi ,sayang seribu kali sayang. Keindahan yang terhidang di Pantai Senok dinodai oleh sampah sarap. Segelintir engunjung yang bertandang ke sana ketandusan kesedaran sivik dan  seringkali bertindak membuang beg plastik, botol minuman dan segala macam sampah di merata-rata tempat. 

Tong sampah yang disediakan langsung tidak mengamit minat segelintir pengunjung untuk membuang sampah. Ia terbiar dan tidak diperduli, malah membuang sampah merata-ratalah yang menjadi pilihan, malah mungkin ia satu keseronakan. 



Syukur kepada Allah kerana terdapat juga pihak yang mencintai kebersihan dan menghargai keindahan serta memusuhi sampah dan kekotoran. Selain Majlis Daerah Bachok dan orang-orang persendirian, terdapat juga sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Perantau Bachok. 

Pertubuhan ini menyatupadukan seluruh warga Bachok yang berada di perantauan. Mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memelihara keindahan Pantai Senok. Antaranya alah dengan menambahkan jumlah tong sampah dan dengan mengadakan kempen kesedaran sebagaimana gambar-gambar yang saya paparkan dalam entry ini. 

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan untuk memelihara keindahan Pantai Senok ini diberkati Allah. Moga-moga ia mampu menyuntik keinsafan dan kesedaran di hati para pengunjung. Harap-harap selepas ini, tiada lagi lambakan sampah yang dibuang rata –riti sekuka hati. 

Kredit Gambar : Perantau Bachok.


Tajuk Lain Yang Berkaitan :  Pantai Senok Pulau Nami Malaysia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles