Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Kenali saintis wanita islam yang hebat dan berpengaruh.

$
0
0

Saya pernah terbaca pandangan sekelompok golongan ortodoks yang mengharamkan anak-anak gadis bersekolah dengan alasan kelak nanti mereka akan pandai membaca dan menulis lalu mereka akan menulis surat cinta kepada lelaki dan akhirnya menjerumus ke lembah penzinaan. 

Dahulu peranan wanita islam kepada masyarakat dan negara agak terhad dan terbatas. Tempat mereka hanyalah di rumah dan tugas mereka hanyalah memasak dan melayan suami dan menjaga anak-anak sahaja. Malah ruang dan peluang untuk mereka memperolehi pendidikan yang sempurna juga diragut oleh sistem kepercayaan pada masa itu. 

Zaman itu telah berlalu dan hari ini ramai wanita yang berjaya memperolehi pendidikan yang sempurna. Malah jika ditinjau di mana-mana Institusi pengajian tempatan, ternyata bilangan mahasisiwi jauh lebih ramai berbanding jumlah mahasiswa. Begitu juga dalam pelbagai bidang kerjaya. Hari ini sudah ramai kaum wanita yang berjaya menjawat jawatan tinggi dan professional. 

Saintis Wanita Islam, mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang atau tidak ambil peduli mengenai sumbangan mereka. Tahukah anda, pada tahun 2014, Muslim-Science.com telah menyenaraikan 20 Saintis Wanita Islam Paling Berpengaruh dalam bidang sains dunia islam. Mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. 

Paling membanggakan ialah apabila dua wanita Malaysia turut tersenarai dalam kalangan 20 saintis tersebut. 

Inginkan buku-buku hebat dengan 
harga yang murah, jom klik -->SINI 


Berikut adalah saintis- saintis wanita islam yang cemerlang dan terbilang serta berpengaruh yang disenaraikan oleh Muslim-Science.com, sebagaimana yang dipaparkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 19.Mac.2014. 


1. Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff ( Malaysia)

Beliau merupakan Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Univiversiti Putra Malaysia (UPM). Beliau telah membabitkan diri dalam kerja penyelidikan sejak hampir tiga dekad sebagai saintis. 

Beliau telah banyak melakukan kajian dan antara yang memberi kesan ialah genetic mikrob hinggalah biologi molekul berkaitan virus penyakit Newcastle(NDV) dan paramiksovirus lain menjurus kepada vaksin anti-kanser. 


2. Prof Dr Adeeba Kamarulzaman (Malaysia)

Beliau merupakan seorang saintis di Jabatan Perubatan, Universiti Malaya. Beliau mendalami kepakaran dunia perubatan khususnya bidang penyakit berjangkit seperti HIV/Aids.

Dr Adeeba dikatakan mula mendalami kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya HIV ketika bertugas di Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne, Australia pada tahun 1996. 


3.  Prof. Dr Ilham Al Qaradawi. (Qatar) 

Pakar fizik ini adalah puteri sulung Ulama terkenal ,Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London. 




4. Dr Hina Chaudhary (Amerika Syarikat)

Beliau merupakan seorang pakar jantung dan pernah mendapat jolokan The Cardiac Magician. Terkini beliau menjalankan kajian ke atas haiwan mengenai bagaimana gen,cyclin A2 membantu sel otot jantung. Pengarah Kardiovaskular Perubatan Penjanaan Semula di Sekolah Perubatan Icahn di Mount, New York ini menjalankan kajian itu sejak dua dekad lalu menerusi idea yang diperolehi daripada rakan penyelidikan sendiri. 

5. Dr Maryam Matar. ( Emiriah Arab Bersatu)

Perjuangannya ialah terhadap gangguan genetik yang berleluasa di Emiriah Arab Bersatu(UAE). 

Pengasas Persatuan Penyakit Genatik UAE ini, dalam reaksinya tersenarai antara 20 saintis berpengaruh berkata, ia tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerja berpasukan, selain kepercayaan dan sokongan daripada pemimpin negara itu. 

6. Dr Rabia Hussain (Pakistan) 

Beliau merupakan pemegang kedoktoran dalam Bakteriologi dan Imunologi dari Universiti of Western Ontario dan Patologi Royal Collage, United Kingdom. Beliau banyak melakukan penyeliidkan dalam struktur genetik dan alahan. Tumpuan kajian beliau menjurus kepada peraturan dan pemahaman asas imun iaitu perhubungan antara penyakit berjangkit. Beliau juga banyak memenangi anugerah dalam lapangan kerjaya. 

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 60-an di Pakistan sebelum berkhidmat di Kanada dan bekerja di Amerika Syarikat. Pada tahun 1985, beliau kembali berkhidmat di Karachi, Pakistan dengan menyertai Universiti Aga khan dan menubuhkan State of Art Immunology Research. Di sini tumpuannya beralih kepada penyakit kusta dan batuk kering. 

7. Dr Rim Turkmani (Britain)

Beliau yang juga pakar Astrofizik dan bekerja dengan kumpulan Astrofizik di Kolej Impreal, London ini menjalankan projek penyelidikan dalam bidang fizik nyalaan suria. Beliau banyak kali diundang sebagai tetamu untuk bercakap mengenai kepakarannya dalam persidangan antarabangsa. 

Terdahulu beliau adalah Fellow Penyelidik Royal Society dan Fellow Asasi Sains Teknologi dan Tamadun (FSTC). Selain memperolehi ijazah dan kedoktoran dalam bidang Theoretical Astrofizik dari Universiti Damsyik. 

8. Ghada Amer. (Mesir) 

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Yayasan Sains dan Teknologi Arab(ASTF) dan bergelar Profesor berkaitan kejuruteraan Elektrik di High Institute Of Technology, Benha University. Beliau adalah penerima pelbagai anugerah kecemerlangan dalam bidang sains. Beliau telah melakukan pelbagai penyelidikan termasuklah mengenai sistem perlindungan, sistem kuasa, kejuruteraan voltan tinggi, kesan penghantaran voltan tinggi dan jurutera bio perubatan. 

Selain daripada lapan orang saintis wanita islam ini, terdapat tiga belas orang lagi saintis wanita islam lain yang turut tersenarai sebagai saintis wanita yang berpengaruh. Apapun kita perlu berbangga dengan kejayaan yang mereka raih dan semoga mereka semua terus menyumbang bakti kepada dunia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644