Seantero rakyat Malaysia terutamanya warga Kedah berhak berbangga apabila Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang telah diiktiraf dan diistiharkan secara rasmi sebagai tapak tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan, Kompleks tersebut merupakan sebahagian daripada Tamadun Kedah Tua.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertarikh 24.Mei.2016, acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengistiharan oleh pakar arkelogi daripada Universiti Oxford, Profesor Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Mokhtar Saidin.
Jom dapatkan buku ilmiah dalam pelbagai lapangan termaksuklah sejarah, agama, politik
dan sebagainya di--->: SINI
![]() |
Muka Hadapan Kosmo 25 Mei 2016 |
Pengiktirafan tersebut juga diperakui oleh lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom dengan menandatangi plak tersebut. Kajian para pakar mengesahkan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang berusia lebih 2000 tahun, dan ia jauh lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Indonesia. Angkor Wat dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun manakala Candi Borobudur pula dibina pada kurun ke-9, berusia 1200 tahun. Menurut Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin, pengistiharan tersebut akan membantu melancarkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Sejarah Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.
Info Tambahan:
Fakta sejarah perlu diubah apabila bukti dapat ditegakkan. Pengistiharan ini tentu sahaja akan merubah fakta sejarah yang dipegang selama ini. Sebelum ini Kerajaan Funan yang kini terletak di Vietnam dianggap sebagai dianggap sebagai Kerajaan Tertua di Asia Tenggara. Malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga menerima pakai fakta tersebut sebagai mana yang dicatat di dalam buku teks sejarah tingkatan satu.
Namun, hasil penyelidikan para pakar hari ini mendapati Kerajaan Kedah Tua adalah kerajaan tertua dan terawal di Asia Tenggara. Kedah Tua yang tersohor dengan Hikayat Merong Mahawangsa turut terkenal dengan Candi Lembah Bujang dan Gunung Jerai.
Jikalau Gunung Jerai berfungsi sebagai panduan para pedagang, candi pula berfungsi sebagai rumah ibadat penganut agama Hindu dan Budha. Ada perbezaan antara candi milik penganut agama Hindu dengan Budha sebagaimana . Menurut Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zuliskandar Ramli sebagaimana yang dilaporkan menerusi akhbar Berita Harian bertarikh 24.Mei.2016, untuk membezakannya ialah antaranya dengan melihat kedudukan pintu utama. Candi Hindu biasanya terletak di bahagian timur, dan candi Budha pula selalunya mempunyai stupa dan pintunya terletak di bahagian utara.
Tajuk Lain Yang Berkaitan :