Sebelum Ramadhan memulakan episodnya, eloklah kita saling ingat mengingatkan dan pesan berpesan. Untuk entry ini sebenanrya saya memetik jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Haslin Baharin atau dikenali juga sebagai Ustaz Bollywood dalam ruangan An-Nur Akhbar Metro Ahad bertarikh 15 November 2015. Saya paparkan di sini untuk panduan dan rujukan bersama.
Puasa Ramadhan yang ditinggalkan wajib diganti atau diqada. Manakala bagi golongan yang uzur dan tiada harapan untuk sembuh, hanya perlu membayar fidyah. Apa yang penting puasa yang ditinggalkan perlulah diganti dengan segera agar tiada pertambahan bayaran fidyah.
Bagi yang meningantikannya tanpa sebab yang syarie hendaklah bertaubat kepada Allah S.W.T kerana meremehkan dan melambat-lambatkan urusan mengantikan puasa, disamping mengantikan fidyah setiap hari yang ditinggalkan.
Bilangan hari yang ditinggalkan hendaklah dibilang secara pasti dengan mengambil bilangan yang yakin. Contohnya jika ragu-ragu antara 10 atau 11 hari yang tertinggal, maka hendaklah mengantikan puasa sebanyak 11 hari.
Info Tambahan:
Siapakah yang perlu bayar fidyah, langsung sahaja ke --> Majlis Agama Islam Negeri Johor