Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Hukum mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan sertai upacara Yee Sang.

$
0
0
Chinese New Year

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, rakyatnya berbilang kaum dan menganut pelbagai agama serta mempunyai budaya serta adat resam yang berbeza.  Di Malaysia masyarakat Cina merupakan golongan kedua teramai sesudah bangsa Melayu/Bumiputera.

Sempena Tahun Baru Cina, maka amatlah perlu untuk kita memahami sedikit sebanyak budaya dan adat resam bangsa Cina. Ia tidak sahaja untuk memantapkan perpaduan, tapi lebih itu ialah untuk meningkatkan lagi fiqh interaksi dengan golongan Non Muslim.

Ucapan Gong Xi Fa Cai dan upacara Yee Sang amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Meskipun ada pandangan berbeza antara ulama tentang hukum sambutan Tahun Baru Cina, termasuklah ucapan Gong Xi Fa Cai dan upacara Yee Sang, namun saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengharuskannya.

Di sini ingin kongsikan kupasan dan ulasan menarik daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri mengenai ucapan Gong Xi Fa Cai dan upacara Yee Sang, sebagai mana yang disiarkan dalam Bayan Linnas Siri Ke 48.

Yee Sang


GONG XI FA CAI

Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki".

Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu.
Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk).

Melihat kepada maksudnya ini, ianya jelas tidak bermasalah dan tidak bercanggah dengan akidah Islam malah ianya satu ucapan yang amat baik dan melambangkan perpaduan yang erat sesama kita.

YEE SANG.

Mengenai Yee Sang pula, ia adalah satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran.

Uniknya upacara Yee Sang ini hanya popular di  Malaysia dan Singapura, tetapi tidak popular di tanah besar China, Hong Kong dan juga Taiwan.

Yee Sang atau disebut juga Yusheng adalah sebuah hidangan yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Ia dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.

Dari kaca mata Islam, makanan yang halal lagi baik maka tidak ada halangan baginya untuk dimakan. Firman Allah SWT:

Melihat kepada amalan ini, ianya lebih kepada adat dan tidak ada sangkut pautnya dengan permasalahan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang dihidangkan halal dan tidak ada perkaitannya dengan permasalahan akidah baik dari segi ucapan mahupun iktikad terhadap upacara tersebut. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.

Info Tambahan.

Semoga penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan itu mampu merungkai salah faham segelintir umat Islam terhadap sambutan Tahun Baru Cina, termasuklah ucapan Gong  Xi Fa Cai dan upacara Yee Sang.

Saya tertarik dengan sindiran Xifu Naser terhadap segelintir pendakwah yang gagal memahami realiti. Menurut Xifu Naser, golongan sebegini hanya 'copy' pendapat ulama Salafi dari Arab Saudi dan 'paste' ke dalam konteks Malaysia yang bersifat multikultural. Golongan sebeginilah yang gemar menjatuhkan hukum terhadap sesuatu budaya yang asing daripada budaya Arab dan persekitarannya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Latest Images

Trending Articles