Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Annuar Musa digantung jawatan sebagai Pengerusi MARA.

$
0
0
Tan Sri Annuar Musa


Apabila Tengku Mahkota Johor membongkar penyelewengan kuasa oleh MARA, atau lebih tepat lagi oleh Tan Sri Anwar Musa, saya terus terkenang 'serangan' yang pernah diledakkan oleh Almarhum Tan Sri Abdullah Ahmad terhadap Tan Sri Annuar Musa berkaitan  penyelewengan atau penyalahgunaan wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM47 juta. Tan Sri Annuar Musa ketika itu menjawat jawatan sebagai
 Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kini kontroversi kembali melanda Tan Sri Annuar Musa. Kali ini ia melibatkan bayaran kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). Akibatnya hari ini Tan Sri Annuar Musa digantung jawatannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara),dan pergantungan tersebut berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan pergantungan tersebut diambil dalam satu Mesyuarat tergempar yang diadakan itu susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

Pergantungan ini juga turut melibatkan jawatannya sebagai pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB).

Tan Sri Annuar Musa didakwa mengarahkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan PMB membayar RM700,000 kepada pasukan The Red Warriors (TRW).


INFO TAMBAHAN.
Sejujurnya saya amat bersetuju dengan pergantungan tersebut bagi memastikan siasatan diadakan dengan lebih berkesan. Beliau perlu diadili dengan seadil-adilnya. Jika beliau difitnah, maka pihak yang memfitnahnya perlulah dihukum, dan andainya Annuar Musa yang bersalah, maka beliau perlu diambil tindakan.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 644