Hukum menyambut April Fool.
Agak terlewat saya memperkatakan isu ini, namun disebabkan isu ini tidak pernah lapuk dan sentiasa berulang saban tahun, maka saya gagahi juga untuk menulis mengenai sambutan April Fool mengikut perspektif islam. Apatah lagi, apabila terbaca status seorang kenalan Facebook yang mengharuskan sambutan April Fool dengan hujah Maqasid Syariah. Inilah yang dikatakan sebagai penyelewengan dalam memahami Maqasid Syariah.
Sejarah April Fool.
Apabila memperkatakan perihal April Fool maka ramailah yang mengaitkannya dengan beberapa peristiwa malang yang menimpa umat islam. Peristiwa tersebut ialah tragedi pembunuhan ribuan umat islam di Sepanyol oleh tentera Salib. Setakat manakah kebenarannya tidaklah dapat saya pastikan. Sejauh manakah kesahihannya, saya tidak pasti dan saya serahkan kepada pihak lain yang lebih berkelayakan.
Hukum Menyambut April Fool.
Hukum menyambut April Fool adalah haram. Ia dilarang dalam islam. Untuk entry ini saya paparkan sahaja jawapan atau hujah daripada Ustaz Haslin Baharin yang disiarkan di dalam Ruangan Zikir Zindagi, Harian Metro bertarikh 02.April.20176. Saya paparkan sahaja di sini.
Mengapa Haram menyambut April Fool.
Pengharaman ini adalah kerana islam melarang umatnya menipu walaupun sekadar untuk bergurau. Agama islam melarang menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada mana-mana individu. Islam juga melarang umatnya meniru budaya tidak baik dan mengkhianati seseorang yang dipercayai.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia. Kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya, " (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan an-Nasai'e)
Selain itu Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud,:
"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran,"( Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani).
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,
"Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim," (Hadis Riwayat Abu Daud).
Info Tambahan.
Walaupun hampir 60 tahun negara kita merdeka, namun masih ada segelintir umat Melayu/slam di Malaysia yang masih lagi terjajah mindanya. Apa tidaknya apa sahaja yang datang dari Barat dianggap bertamadun dan melambangkan kemajuan. Tidak sekadar sambutan April Fool dan tidak hanya mengenai hari Valentine. Malah, terdapat segelintir manusia Melayu yang lebih gemar melafazkan Oh My God berbanding Masya Allah. Malah terdapat juga segelintir Bani Melayu yang lebih mesra dengan ungkapan exuse me bila terbersin berbanding melafazkan Alhamdulillah. Terdapat juga yang lebih selesa menulis dan menyebut berbanding Innalillahi wainna Ilahi rajiun.
April Fool adalah hari untuk tipu menipu dengan tujuan gurau-gurauan. Malah, pernah terdapat kes seorang suami melafazkan talak tiga kepada isterinya pada tarikh satu April. Niatnya hanyalah gurau-gurauan sempena April Fool. Nah, betapa gilanya orang kita dengan April Fool.