
Kredit gambar: Info Kini
Penghinaan terhadap mendiang ayah Watson Nyambek, Ammar Titan perlu matang.
Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dan marah dengan tindakan stesen televisyen TV3 yang memperlekeh nama bapanya seperti yang disiarkan dalam rancangan komedi, Sukan Tak Sentral malam kelmarin.
Rancangan yang bersiaran pada pukul 11.30 malam dihoskan oleh dua pengacara, iaitu Azizul Ammar Abu Hassan (Amar Titan) dan Marsha Milan Londoh
Bekas pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter itu berkata, beliau kecewa dan marah dengan penerbit rancangan itu yang seperti sengaja menghina nama mendiang bapanya.
Ketika bersiaran, pengacara lelaki, Amar Titan menyebut; "Telah memadamkan rekod lama yang dipegang oleh Watson Nyambek....Bek"
Perbuatan Ammar tersebut seolah-olah mengembek seperti kambing selepas menyebut nama mendiang Nyambek itu dikecam netizen yang beranggapan tindakan Amar itu seolah-olah menyamakan mendiang Watson dengan binatang berkenaan.
INFO TAMBAHAN
Inilah yang berlaku apabila pelawak tidak faham situasi dan tidak cakna realiti. Mereka hanya ingin berjenaka dan membuatkan penonton ketawa sahaja. Saya tidak menyalahkan pelawak, malah saya adalah antara jutaan peminat Maharaja Lawak Mega, dan dahulunya adalah penggemar majalah lawak seperti Gila-Gila dan Ujang, Gelihati dan Lanun.
Tapi lawak ada had dan batasnya. Jangan keterlaluan dan perlu difahami tidak semua perkara boleh dijadikan bahan lawak. Benar Ammar sekadar ingin menghidupkan suasana atau program tapi lawaknya amat keterlaluan.
Para pelawak sepatutnya menjadikan seniman agong Almarhum Tan Sri P.Ramlee sebagai contoh tauladan. Almarhum mendidik masyarakat melalui lawaknya. Lawaknya bukan setakat untuk membuat penonton ketawa tetapi ada kritikan sosial dan mesej tersirat yang ingin Almarhum sampaikan.