Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Akhirnya Boy Iman ditahan polis.

$
0
0


Akhirnya Boy Iman ditahan polis.

Alhamdulillah akhirnya pihak polis bertindak menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman. Penahanan Boy Iman dan dua lagi suspek utama adalah untuk membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Siapa tak kenal Boy Iman. Dia popular bukanlah kerana lakonan atau sumbangan dalam industri hiburan.   Tapi Boy Iman ini popular kerana kelincahannya dalam penipuan. Nak diharapkan mutu lakonan, rasanya lebih baik tonton wonderpet.

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Boy Iman pasti sahaja  menyedari  kelicikannya bermula sejak era Alfafa Group lagi.  Dia menjadi orang kuat Alfafa Group yang diternak oleh Si  Penunggang Agama yang paling laknat iaitu Ustaz Norsham Abd Aziz. Walaupun Alfafa Group telah diharamkan, namun kejahatan mereka masih bernafas dan bernyawa.

Sebelum ini laman Facebook PW Community telah berjuang habis-habisan membongkar kemungkaran Boy Iman. Antaranya PW Community mendakwa, DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan menggunakan helah menjual rumah berharga semasa RM200,000 pada harga RM50,000.


Selain itu, kejahatan Boy Iman turut dilondehkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Anda boleh sahaja menyaksikannya Di laman YouTube. Terbaru PPIM menggesa pihak polis menahan empat lagi `dalang’ penipuan jualan rumah.


Info Tambahan.
Penipuan demi penipuan yang wujud sejak dahulu hingga kini. Walaupun dibongkar dan diharamkan berulang kali namun tetap ada segelintir individu yang menjadi mangsa. Mereka tidak belajar daripada sejarah. Mereka lupa betapa celakanya Skim Cepat Kaya Pak Man Teo ,pelaburan emas tok belagak dan Highway Group.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles