![]() |
Sridevi |
Perginya pelakon handalan Bollywood Aktres Sridevi.
Seantero peminat Bollywood tentu sahaja terkejut dengan pemergian Sridevi. Apatah lagi pada penghujung tahun lepas dunia perfileman Bollywood kehilangan bintang lagenda Shashi Kapoor.
![]() |
Filem Nagina lakonan Sridevi dan Rishi Kapoor. |
Sridevi meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.
Sebagaimana disiarkan dalam Berita Harian , Sridevi menghembuskan nafas terakhir ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai.
Pemergian mengejut aktres berusia pertengahan 50an itu turut diratapi oleh semua peminat dan barisan pelakon Bollywood yang lain.
![]() |
Mr. India. Sridevi dan Anil Kapoor. |
Info Tambahan.
Dalam kalangan peminat filem Hindi tahun 1980-an dan 1990-an Sridevi sememangnya antara artis Bollywood yang cukup dikenali dan diminati.Secara peribadi banyak juga filem lakonan beliau yang pernah saya tonton.
Antara yang paling saya minati ialah filem Nagina yang ditayangkan pada tahun 1986. Filem tersebut mengisahkan wanita yang boleh menjelma menjadi ular.
Jika generasi hari ini mengenali watak ular jadian menerusi drama bersiri Nagin yang dibawa oleh Mouni Roy. Namun generasi 1980-an pula mengenali watak ular jadian lakonan Sridevi. Dalam filem tersebut beliau digandingkan bersama pelakon handalan Hindustan, Rishi Kapoor.
Sekian Nagina, filem lakonan Sridevi yang masih melekat di ingatan saya ialah filem Mr India yang ditayangkan pada tahun 1987. Dalam filem tersebut beliau digandingkan bersama Anil Kapoor.