Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Larangan memotong kuku dan rambut kepada orang yang ingin melakukan ibadat korban.

$
0
0



Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: 

“Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim]. 

Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim]. 



HURAIAN: 

  • Orang yang ingin melaksanakan ibadah korban dilarang memotong kuku dan rambut mulai 1 Zulhijjah sehinggalah selesai melaksanakan ibadah korban. Ini khusus kepada orang yang hendak melaksanakan ibadah korban sahaja. 
  • Walaubagaimanapun larangan ini bukannya bermakna haram, tapi sekadar makruh. Ini mengikut pandangan Imam Syafie dan ulama syafieyah yang lain.
  • Namun, terdapat juga ulama-ulama yang mengatakan larangan tersebut membawa maksud haram, iaitu haram membuang kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan berkorban bermula 1 Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban tersebut. 
  • Termasuk dalam larangan menghilangkan rambut ialah perbuatan mencukur, mencabur, mengunting atau memendekkan rambut atau menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut. Ia turut merangkumi bulu ketiak, misai dan bulu ari-ari dan bulu-bulu yang lain pada anggota badan. Lihat : Islam Grid 

LANGKAH DAN PENDEKATAN TERBAIK

Kepada sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah korban, berusahalah sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu untuk tidak memotong kuku dan membuang rambutnya bermula 1 Zulhijjah sehinggalah selesai melaksanakan ibadah korban. Kecuali jika terpaksa seperti atas sebab-sebab kesihatan. 


Tajuk Lain Yang Berkaitan:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 644