Bantu Sebarkan Untuk Info Umat Islam....Tolong Share
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:
-Minyak masak lam soon (cap helang & buruh)
-Ubat pearl cream arche (thailand) -Ajinomoto (thailand)
-Ais krim harga rm1.00 ke atas
-Semua tauhu buatan orang cina
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand
-Sabun FAB berbuku
-Lobak jeruk
-Mee & kueteow basah buatan cina
-Krim muka hazeline show
-Semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina
-Daging burger import
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina
-Kasut bola jenis gold cup
-Berus gigi jenis reach
-Mee kering (sanggol)
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
-Have pearl cream
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald -Beehon segera siam
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:
-Dairy milk coklat
-Coklat cadbury/ chewing gum
-Sugus strawberry
-Passer doily mixture
-Trebo mint chewing gum / peppermint
-Scothes vikmin
-Share extra atrenght
-Black current jelly
-Royal gulaman & decarl oranges
-Valvis gelatin
-Sarung kapsul ubat
-Ais krim dalam bekas plastik
-Gula gula fruities
-Cake met- vilber funch
-Coklat cake
-Tepung kastard lady's choice
-Semua jenis jelly dan gincu bibir
-Keseluruhan jenis sheisedo
-Lady's choice jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL
-Barangan avon keseluruhannya
-Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
-Minyak rambut brylcream (hijau)
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin
-Seluruh ubat batuk jenis sirap
-Keseluruhan ball pen dakwat kering
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi
-pringles potato chips
Kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas,pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG Sebarkan Info INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA
Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan. Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)
*E100 *E110 *E120 *E140 *E141 *E153 *E210 *E213 *E214 *E216 *E234 *E252 *E270 *E280 *E325 *E326 *E327 *E334 *E335 *E336 *E337 *E422 *E430 *E431 *E432 *E433 *E434 *E435 *E436 *E440 *E470 *E471 *E472 *E473 *E474 *E475 *E476 *E477 *E478 *E140 *E481 *E482 *E483 *E491 *E492 *E493 *E494 *E495 *E542 *E570 *E572 *E631 *E635 *E904
*babi sudah jelas haramnya. Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :
1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.
: INFO TAMBAHAN :
Demikianlah yang tersebar di facebook. Beberapa orang kenalan saya juga turut menyebarkannya di laman facebook masing-masing. Maklumat karut yang sarat dengan fitnah asalnya merupakan sebuah entry di blog tertentu.Ia a kemudiannya dikongsi/share pula oleh beberapa orang pengguna facebook yang mandul akal dan terliwat minda, termasuklah seorang aktivis parti politik tertentu.
Jadi segala senarai produk yang difatwakan haram itu saya ambil(copy and paste) dari blog tersebut beberapa hari yang lepas. Walau bagaimanapun apabila saya berkunjung ke blog tersebut pada hari ini(30.09.2015), di dapati entry tersebut telahpun dipadam. Mungkin, pemilik blog tersebut takut dikenakan tindakan undang-undang oleh JAKIM dan syarikat-syarikat yang disenaraikan. Atau mungkin juga blogger tersebut telah beroleh hidayah.
Sebenarnya, sejak beberapa tahun yang lalu lagi, isu ini disebarluaskan. Sekitar tahun tahun 2013, seorang rakan yang taksub dengan laporan media sosial menyuruh saya melihat blog yang memaparkan produk-produk yang mengandungi unsur-unsur babi. Orang yang ‘berTUHANkan’ media sosial seperti rakan saya akan menerima dan mempercayai dakwaan sebegini secara membabi buta dan membuta tuli. Tidak cukup dengan itu mereka akan sebar luaskan kepada orang ramai agar memboikot produk-produk yang diFATWAKAN sebagai haram itu.
![]() |
JAKIM turut menjadi mangsa fitnah |
: PEMURNIAN FAKTA DAN PESANAN IKHLAS:
“SAYA kerap tertanya-tanya, siapa-siapakah ‘mamat’ yang menukar, mengubah atau menyeleweng apa jua berita betul hingga ia menjelma menjadi berita palsu. Siapa-siapa pula ‘mamat’ yang meuar-uarkan sesuatu yang palsu dengan cara mengedit foto dan tulisan hingga menjadi seolah-olah sesuatu yang benar?
Siapa yang menyolek sesuatu yang betul hingga menjadi salah atau mengandam sesuatu yang salah hingga punyai wajah kebenaran?
“ Tidak punyai rasa berdosakah bila berbohong dan menipu jutaan anggota masyarakat?
Tidak punyai rasa takutkah kerana dari segi logiknya, ‘mamat-mamat’ ini tidak mungkin menemui semua manusia yang membaca dan percaya kepada pembohongannya untuk memohon maaf apabila rasa insaf mula menyelinap di sanubari?
Tidak rasa ngerikah seandainya mereka yang ditemui itu tidak mahu memaafkan segala apa pembohongan yang telah anda lakukan? Inilah golongan manusia yang tidak sedar akan hukum-hakam menyebarkan fitnah.
Dalam pada itu, ada lagi satu golongan yang sedar hukum-hakam menyebar penipuan, tetapi melakukannya juga. Dua kali lima. Mereka adalah golongan yang memanjangkan apa sahaja yang ‘mamat-mamat’ itu sebarkan. Apa sahaja bahan yang merangsang emosi akan dipanjangkan tanpa usul periksa. Yang penting, berita yang diterima itu dapat dibaca oleh anggota keluarga dan sahabat handai. Kononnya mereka hendak memberi pengetahuan kepada orang yang hampir dengannya.
Itu adalah sebahagian daripada tulisan Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed di dalam ruangan Cetusan, akhbar Sinar Harian, bertarikh 30.09.2015. Tulisannya yang bertajuk Mana satu fakta, mana satu auta ini boleh juga dibaca di laman sesawang ,Sinar Harian
Sejujurnya saya tertarik dengan tulisan Norden Mohamed tersebut, dan saya amat yakin terdapatnya segelintir umat islam yang terliwat minda atau mandul akal yang percaya bulat-bulat dakwaan karut mengenai produk-produk di atas. Terliwat minda dan mandul akal kerana mereka tidak mampu membuat pertimbangan dan hilang kewarasan. Mereka terlalu bernafsu ingin berkongsi apa sahaja info yang diperolehi di laman sosial, terutamanya yang berbaur agama kepada rakan dan kenalannya. Sahih atau tidak, logik atau sebaliknya, tidak mereka pedulikan.
Kepada pengguna facebook dan apa juga media sosial yang beragama islam,tolonglah fahami dan hayati Firman Allah S.W.T ini. :
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”Surah al-Hujuraat, ayat 6.
Dalam ayat tersebut, Allah S.W.T menyuruh hambanya yang beriman agar mengamalkan prinsip tabayyun ketika menerima sesuatu maklumat. Kita diseru agar menyelidik dan memeriksa sesuatu berita yang kita terima.
Kita sepatutnya selidik betul-betul sebelum menyebarluaskan berita tentang haramnya sesuatu produk, kerana ia memberi kesan yang besar termasuklah meresahkan masyarakat, dan menjejaskan periuk nasi orang lain. Apatah lagi,mengkaji dan menyelidik itu adalah tuntutan Allah sebagaimana yang tertera dalam ayat Al-Quran yang dipaparkan di atas. Jadi janganlah sekali-kali gatal tangan ingin menyebarkannnya/berkongsi di laman sosial. Jika tidak mampu untuk mengkaji, rujuk sahaja kepada badan atau organisasi yang lebih berautoriti, iaitu JAKIM.
Berdasarkan pemerhatian, saya amat menyakini, antara faktor pihak tertentu memfitnah sesuatu produk sebagai haram adalah kerana bermotifkan ekonomi. Cita-cita mereka hanya satu, iaitu ingin ialah ingin menghancurkan pesaing-pesaing mereka dengan menjual TUHAN dan AGAMA.
Bijak dan sungguh bijak. Mereka bijak meneliti situasi dan membaca realiti. Mereka sedar pemerdagangan agama jauh lebih menguntungkan berbanding pemerdagangan manusia. Lalu, mereka memainkan isu halal dan haram seperti babi dan unsur-unsur terlarang. Lalu tersebarlah di blog, WhatsApp dan Facebook, kononnya produk-produk tertentu haram dan perlu diboikot. Lalu pengguna media sosial yang mandul akal dan terliwat minda ini pun dengan penuh sopan dan santun turut ‘menjual Tuhan dan melacurkan Agama’ dengan berkongsi/share di Facebook masing-masing. Akhirnya fitnah tersebut berkembang subur di media sosial.
****************
“ Anda berbohong mengaku islam jika abaikan mesej ini..”
Begitulah amaran dan ugutan yang disebarkan dalam sebuah group WhatsApp yang saya sertai. Hebat sungguh mereka mempergunakan agama agar orang ramai memboikot produk yang didakwanya sebagai haram.
Jujur, sebenarnya, orang-orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah tersebutlah baik di facebook mahupun WhatsApp atau apa sahaja media sosial adalah golongan yang menjual Tuhan dan agama. Ini kerana mereka mengabaikan Firman Allah S.W.T
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan” Surah al-Hujuraat, ayat 6.