Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

10 TAMAN TERCANTIK DI DUNIA.

$
0
0


Taman mempersonakan biasanya menggabungkan spesies berwarna-warni dan struktur unik sebagai elemen utama dalam dekorasi sesuatu landskap. 

Berikut adalah 10 taman tercantik di dunia yang mampu memukau pandangan. 

1. Chateau de Verailles, Perancis.

 Landskap taman ini dalah hasil cetusan idea pereka terkenal ,Andre Le Notre,ini dibina pada kurun ke-17 semasa era pemerintahan Raja Louis XIV. Taman bunga seluas 101 hektar ini dihiasi tasik dan arca purba yang masih tersergam indah ini terletak di barat daya Paris. 

 2. Taman Botani Diraja di Kew,England. 

Taman seluas 132 hektar ini meliputi pusat pemulihan dan penyelidikan sains botani di kawasan strategik terletak 16 kilometer dari London. Lebih 30 ribu speseis flora terdapat di taman ini termasuklah pokok berusia 150 tahun. Ia turut dilengkapi rumah hijau terbesar di dunia. 

 3. Taman Powerscourt, Ireland. 

Landskap seluas 19 hektar di hadapan sebuah vila selatan Dublin ini dibina pada abad ke-18 dan turut diiktiraf sebagai taman tercantik di Ireland. Hiasan taman memukau pandangan ini turut menggabungkan pengaruh landskap Perancis dan Jerman. 

 4. Taman Butchart, Columbia.

Taman berwarna-warni seluas 22 hektar ini adalah contoh kejayaan projek penebusan guna tanah. Jennie Butchart, isteri kepada pemilik tanah asal,Portland Cement menjadi perintis dan mengubahnya menjadi taman dihiasi lebih 700 tanaman bunga. 

5. Villa d’Este, Itali 

Taman mempersonakan ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ia turut dilengkapi air pancut unik digelar Fontana del Bicchierone.

6. Dumbarton Oaks, Washington. 

Pepustakaan dan koleksi penyelidikan Dumbarton Oaks ini diasaskan oleh pasangan Bliss. Ia kini ditadbir oleh pemegang Amanah Universiti Harvard selepas diserahkan pada tahun 1940. Ia kini menyokong biasiswa pengajian dalam reka bentuk kajian landskap. 

7. Taman Vila Ephrussi de Rothschild

Vila berkonsepkan tepi pantai ini terletak di St- Jean-Cap-Ferrat, Perancis dan direka arkitek tempatan,Aaron Messiah. Ia dibina antara tahun 1905 dan 1912 oleh Baroness Beatrice de Rothchild. Vila mewah ini dikelilingi Sembilan taman menggunakan tema berbza dan ladskapnya dibina menyerupai kapal.

 8. Stourhead,England. 

Taman seluas 1,072 hektar ini dibina untuk golongan bangsawan pada abad ke-18. Ia turut dilengkapi rumah agam Palladian, kawasan lading dan hutan. Amanah Negara telah mengambil alih hak pemilikan Stourhead sejak 1946. 

9. Taman Master of Nets, China. 

Taman digelar Wangshiyuan dalam bahasan Mandarin ini dibina semasa dinasti Song(960-1270 Sebelum Masihi). Susunana astaka,dewan,bilik muzik dan rumpun buluh didakwa sebagai satu bentuk keharmonian semula jadi. Ia turut dilengkapi jambatan digelar sebagai ‘jalan ketenangan’. 

10. Sans Souci, Jerman. 

Ia adalah sebuah taman luas mengelilingi istana Sanssouci di Potsdam yang dibina pada abad ke-18. Taman ini dilengkapi pelbagai spesies flora dan 3,000 pokok buah-buahan seperti limau,tembikai, pic,pisang dan sayur-sayuran. Pada tahun 1990, ia turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunis UNESCO. 

Sumber: Sinar Harian, Isnin 21.Januari.2013. m,s 52.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles