Orang Melayu kaya dengan adat dan budaya. Adat dan budaya yang dipandu oleh agama. Ini termasuklah dalam pemakaian pakaian Melayu tradsional. Ada maksud tersirat yang perlu dirungkai agar kita memahami dan sekali gus menghargainya.
Antaranya ialah:
BAJU KURUNG.
- Disebut baju kurung kerana ia mengurung dengan adat dan syarak.
- Syarak dan adat mengurung wanita Melayu supaya menutup aurat.
BUTANG BAJU MELAYU.
- Butang Baju Melayu turut mempunyai nilai-nilai islam.
- Jika lima butang, ia menunjukkan rukun islam yang lima
- Jika tiga butang, ia menunjukkan nilai islam,iman dan ihsan
- Jika satu butang, ia menunjukkan Tauhid
KAIN SAMPING
- Pemakaian kain samping di atas lutut, ia menunjukkan pemakainya masih bujang
- Pemakaian kain samping di bawah lutut, ia menunjukkan pemakainya sudah berkahwin
Jadi, bagi pemakai baju kurung dan baju Melayu hormatilah makna tersirat di sebalik pakaian anda itu. Jangan dinodai maksud tersirat itu dengan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan norma-norma agama.