Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Konsert Festival Future Music Asia 2014: 12 orang masih dirawat di hospital

$
0
0


Dua belas individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert Festival Future Music Asia 2014(FMFA), masih dirawat dan dilaporkan stabil. Tiga lagi iaitu dua warga Singapura telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi warga Taiwan dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kata Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh.

 "Sebanyak 12 orang masih menerima rawatan, termasuk dua orang di HKL, seorang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan sembilan di PPUM. "Lapan daripada 12 orang itu merupakan warga Singapura manakala masing-masing seorang warga tempatan, warga Myammar, Iran dan Filipina, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata setakat ini sebanyak 29 orang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah yang membabitkan 14 warga tempatan dan 15 warga asing. Daripada jumlah itu, 17 ditahan reman untuk siasatan lanjut




Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil di sini. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun. – Bernama 

Sumber(tidak termasuk gambar):Harakahdaily.


INFO TAMBAHAN/ULASAN. 

Saya cuba berprasangka baik. Mereka terpergi dan bukannya pergi ke FMFA. Mereka mungkin ingin ke lokasi lain, tapi tersesat hingga sampai ke FMFA. Ini mungkin perbuatan makhluk halus, kalau tak percaya sila tanya Raja Bomoh Penampar Buaya, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. 

P/S: sekadar respons bila saya ‘dipaksa’ berprasangka baik terhadap mangsa yang 'syahid' dalam konsert FMFA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644