Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

RAJA SHAMRI TERIMA UGUTAN BUNUH.

$
0
0


Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung tahun 2014 turut mewangikan nama Raja Shamri. Ini kerana beliau adalah antara aktivis yang banyak menyumbang tenaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. 

Sepanjang tragedi banjir di Kelantan, beliau banyak menyalurkan maklumat, termasuklah perkembangan semasa dan aktivitinya sebagai sukarelawan. Facebooknya menjadi wadah penyaluran maklumat tersebut.

OKU! Sememangnya Raja Shamri dikategorikan dalam golongan Orang Kurang Upaya, namun dia juga tergolong dalam kategori ORANG KUAT USAHA. Walaupun ketiadaan sebelah kaki, dan mengalami kecacatan di jari, namun itu bukanlah penghalang untuknya menabur bakti. Tanpa mengenal jemu dan tanpa menghiraukan penat dan lelah, beliau telah meredah kampung demi kampung untuk misi bantuan mangsa banjir. 

Ramai yang mengikuti perkembangannya tatkala banjir besar menimpa Kelantan tempoh hari, malah laman facebooknya kini juga dikatakan mempunyai hampir setengah juta pengikut. 

Walaupun disenangi oleh banyak pihak, namun terdapat juga segelintir manusia durjana yang membenci dan memusuhinya, malah ingin menghapuskannya dari muka bumi ini. Jujur, saya benar-benar terkejut apabila membaca kisah ini di dalam Majalah Al-Islam, edisi Mac 2015. 

Golongan ini telah mengancam Raja Shamri hinggakan ke tahap ugutan bunuh. Terbaharu, pihak polis menasihatkan Raja Shamri agar tidak bersendirian baik ketika berjalan mahupun ketika menaiki kenderaan/kereta. Ke mana-mana perlu berteman demi keselamatan nyawa. Malah polis juga menasihatkannya agar tidak mendedahkan keluarga kerana faktor keselamatan. 

Beginilah lumrah hidup. Buat baik pun ada yang benci. Salahkah beliau menolong mangsa-mangsa banjir. Salahkah beliau menabur bakti walau dengan kekurangan yang dimiliki.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644