Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu.

$
0
0
Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu; menggantikan penyandangnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu. 

Perkara tersebut diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama Pas selepas mendapati Dr. Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang dipetik sebuah portal memberitahu, pelantikan tersebut diputuskan pada Ahad lalu dalam satu mesyuarat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur. 

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am Pas yang baharu. "Perlembagaan Pas menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya. 
Lebih lanjut, langsung sahaja ke : Sinar Harian 

Tahniah buat Datuk Dr Haron, dan moga dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. Paling penting sebagai Mursyidul AM, beliau dan para ahli Majlis Syura Ulama perlu memastikan PAS tidak tergelincir dari orbit islam. Sedari awal lagi, PAS tidak sekadar sebuah parti politik, tetapi lebih dari itu ialah sebagai sebuah gerakan islam sebagaimana pergerakan Islam. 

Berikut adalah senarai Mursyidul AM PAS. 


Mursyidul AM Pertama :  Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi, atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Mursyidul AM Kedua: Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 


Mursyidul AM Ketiga:  Dato' Dr. Haron bin Din 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 644