Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merosot.


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu negara semakin merosot. 

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia bermula selepas kemelut 1MDB dan rombakan Kabinet yang menggugurkan bekas Timbalannya, Tan Sri Muhiyddin Yassin. “Orang Umno akan kekal Umno, tetapi protes mereka terhadap tindakan Najib dilihat secara ilmiah akan beri kesan besar kepada pola persepsi akar umbi dan mengurangkan pengaruh positif Umno dalam masyarakat. “Umno juga berada di tahap dilema protes dalam senyap atau protes sambil senyum. 

Walaupun Najib sebagai presiden parti boleh menamatkan hayat kerjaya seseorang ahli politik di bawahnya tetapi hayat cemuhan rakyat dan minda pengundi akan kekal berterusan,” katanya. Lebih lanjut, langsung sahaja ke Sinar Harian 

INFO TAMBAHAN: 

Memang tidak dapat dinafikan lagi, populariti dan pengaruh Perdana Menteri merosot dengan begitu ketara sejak akhir-akhir ini. Malah lebih teruk berbanding kemerosotan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Kemelut 1MDB dan rombakan Kabinet yang menggugurkan bekas Timbalannya, Tan Sri Muhiyddin Yassin, amat menyumbang ke arah kejatuhan popularitinya sebagai Perdana Menteri. 

Popularitinya semakin merundum apabila terbongkarnya isu dana 2.6 bilion, dan semakin merundum apabila dana tersebut didakwa sebagai derma daripada seorang dermawan dari timur tengah.

Terbaharu ialah pertuakran serta merta Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri 

Sebenarnya, Imej Datuk Seri Najib Tun Razak telah lama terhakis dan terkikis pada pandangan rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila beliau gagal mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN ketika PRU ke 13. Malah, secara moralnya BN telah tewas dalam PRU ke 13 walaupun masih mentadbir Malaysia dan merampas kembali negeri Kedah. Ini kerana berdasarkan undi popular, BN hanya mampu meraih 47 peratus (5.2 juta) berbanding dengan PR sebanyak 51 peratus (5.5 juta). Dengan kata lain, lebih ramai rakyat Malaysia telah memilih/mengundi PR berbanding BN.

Banyak pihak berpendapat, imej Datuk Seri Najib Tun Razak juga banyak tercalar kerana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. 

Kini, seantero Malaysia ternanti-nanti perkembangan terkini. Apakah episod seterusnya dalam arena politik negara. Adakah bekas Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yassin dan penyokongya akan mencetuskan fenomena baru dalam politik Tanah Air. 

Sama- sama kita tunggu dan lihat. Sambil itu, sama-samalah kita mendoakan agar negara kita terpelihara daripada sebarang ancaman dan mara bahaya. Moga rahmat Allah sentiasa menyelimuti Malaysia dan seluruh warganya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles