Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Mogok seks untuk desak Perdana Menteri letak jawatan

$
0
0



GAMBAR SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA




Sejarah pernah mencatatkan beberapa kisah mengenai kebangkitan rakyat yang berjuang menggulingkan pemerintah. Mereka bangkit berjuang dan mendesak serta mengasak pemerintah agar berundur dari tampuk pemerintahan. 

Dalam sejarah moden, tentu sahaja ramai yang masih ingat tentang kebangkitan rakyat, terutamanya para Mahasiswa di Indonesia yang berjaya menamatkan pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1998.

Begitu juga dengan peristiwa Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah. Kebangkitan rakyat di beberapa negara tersebut berjaya mengubah landskap politik di  Mesir, Libya dan Tunisia. Mereka semua berjaya menggulingkan pemerintah yang sedia ada.Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali, Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Pemimpin Libya, Muammar al-Gaddafi berjaya digulingkan.

Walaupun begitu,terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan seks sebagai senjata untuk menggulingkan pemerintah. 

Adakah ia berkesan?










Kaum wanita Togo memulakan mogok seks selama seminggu mulai hari - salah satu pendekatan kumpulan hak asasi sivil bagi menuntut presiden negara itu meletakkan jawatan. 

Wanita di negara itu digesa tidak mengadakan hubungan seks dengan suami atau pasangan masing-masing mulai hari ini, kata ketua sayap wanita kumpulan Let's Save Togo, Isabelle Ameganvi. 

Laporan Associated Press memetik Ameganvi berkata, tindakan itu akan mengenakan tekanan ke atas Presiden Faure Gnassingbe. Demonstrasi itu dianjurkan oleh satu perikatan yang membantah pembaharuan sistem pilihan raya, yang menurut mereka akan memudahkan Gnassingbe untuk menang dengan mudah dalam pilihan raya Oktober ini. 

Gnassingbe dipilih sebagai presiden pada 2005 ekoran kematian bapanya, Gnassingbe Eyadema yang memerintah negara di sebelah barat Afrika itu selama 38 tahun.

Berita Penuh, langsung sahaja ke: SINI 

INFO TAMBAHAN: 

Mogok seks, seingat saya belum pernah lagi dilakukan di Malaysia. Belum ada mana-mana pemimpin parti Pembangkang, mahupun NGO yang menganjurkan mogok sebegini. 

Agak-agaknya jika dianjurkan di Malaysia, adakah ia akan mendapat sambutan.? 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 644