DOA MEMOHON ZURIAT.
Setiap pasangan suami isteri tentu sahaja mengimpikan zuriat. Zuriat sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga dan juga sebagai penyambung keturunan. Namun, tidak semua suami isteri mampu memperolehi zuriat dengan mudah.
Kadang-kadang setelah bertahun lamanya mendirikan rumah tangga barulah beroleh zuriat, malah kadang-kadang hingga ke akhir hayat gagal memberoleh seorang zuriat pun. Setiap suami dan isteri mestilah selalu berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Malah, jika menghadapi masalah kesuburan sekalipun, ikhtiar dan doa tidak diharuskan dinoktahkan. Ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.
Berdoalah, Insya- Allah, Allah akan memakbulkan dia kita sebagaimana Allah memakbulkan doa Nabi Zakaria.
“Hai Zakaria, sesungguhnya kami member khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang bernama Yahya, yang sebelumnya kami belum menciptakan orang yang serupa dengan dia “ Maryam 7.
“Zakaria berkata: “ Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku(sendiri) sudah mencapai usia yang sangat tua” Maryam ,8.
“...Demikianlah. “ Tuhan berfirman: “Hal itu sangat mudah bagiku, dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu(di waktu itu) belum ada sama sekali “ – Maryam, 9.
Untuk entry ini, saya ingin berkongsi doa-doa yang dipetik dari kitab suci Al-Quran yang boleh digunakan oleh pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Jadi, selain berikhtiar dengan segala bentuk perubatan, baik perubatan moden dan tradisional,berdoa dengan penuh pengharapan juga merupakan salah satu usaha murni yang perlu kita lakukan.
Doa-doa ini dinyatakan oleh Haji Lokman Abdul Hamid dalam runagan Perubatan Islam yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 30.12. 2012, pada halaman 18. 1.
Bagi pasangan suami dan isteri yang menghadapi masalah kesuburan disebabkan gangguan jin dan sihir mereka bolehlah mengamalkan ayat-ayat berikut untuk mengeluarkan jin dan sihir di dalam badan sebelum melakukan rawatan moden seperti intrauterine insemination(IUI) atau invitro fertilization (IVF). Ayat- ayat tersebut ialah.
- 1. Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
- 2. Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
- 3. Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
- 4. Surah An- Nahli, ayat 40 hingga 62.
Manakala untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan yang bersifat perubatan yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan jin dan sihir, bolehlah mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang berikut sebagai doa.
- 1. Surah Maryam, ayat 31 hingga 48
- 2. Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
- 3. Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
- 4. Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
- 5. Surah An-Nahli, ayat 66 hingga 74
- 6. Surah An-Nisaa’, ayat 127 hingga 140.
Oleh itu, selain berikhtiar, setiap pasangan Muslim perlulah berdoa kepada Allah. Yakinlah akan kekuasaan-Nya yang tiada bandingan. Yakinlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa. Di samping itu, yakin dan redhalah dengan takdirnya.
Tajuk Lain Yang Berkaitan:Makanan Untuk Menambah Sperma