Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Tips keselamatan penumpang teksi.

$
0
0

Umum mengetahui terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Antaranya ialah kes samun dan rogol penumpang. Jadi, sebagai pengguna, kita perlulah berhati-hati dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga. 

Sebelum melanjutkan penulisan, ingin saya tegaskan entry ini bukanlah ingin menghina mana-mana pemandu teksi. Jasa mereka amat besar dan sangat mulia. Mereka amat diperlukan oleh kita, jika tidak selalu dan sentiasa, mungkin sesekali dalam keadaan dan situasi yang tertentu. Saya secara peribadi mempunyai banyak pengalaman menaiki teksi. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya dapati kebanyakkan mereka amat baik dan mesra, cuma kadang-kadang terdapat juga segelintir pemandu teksi yang memiliki sikap yang tidak mesra pelanggan. 

Cuma sebagai pengguna kita perlu berhati-hati kerana dalam setandan kelapa tidak semuanya baik. Begitu juga dengan pemandu teksi. Sebenarnya tidak terhad kepada pemandu teksi, situasi sebegini boleh berlaku dalam apa-apa jua kerjaya. 

Di sini saya ingin berkongsi beberapa untuk dijadukan panduan kepada penumpang teksi. Tips ini sebenarnya saya petik daripada akhbar Kosmo bertarikh 28.Oktober.2013(mengikut tulisan tersebut, tip asal ini adalah daripada laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia). Tip atau panduan tersebut ialah. 

1. Perhatikan keadaan teksi terlebih dahulu sebelum menaikinya. 

Jika bahagian dalaman teksi tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut. 2. Hafal nombor plat teksi. Sila catat dan hafal nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya dipaparkan pada papan pemuka. Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan dengan menggunakan telefon atau kamera. 

3. Hubungi keluarga.

Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari pemandu teksi dengan menyatakan anda berada dalam kenderaan tersebut. Maklumkan kepada mereka anggaran waktu ketibaan anda ke destinasi. Perbuatan ini dapat membuatkan pemandu teksi menyedari bahawa maklumat perjalanan telah dihantar kepada pihak ketiga. P/S: elok juga jikalau anda SMS/WhatsApp nombor plat teksi tersebut kepada keluarga anda. 

4. Elakkan menaiki teksi yang mempunyai penumpang lain. 

Ini kerana kadang-kala penumpang tersebut merupakan rakan subahat kepada pemandu teksi yang ingin melakukan jenayah tersebut. 

5. Tempah perkhidmatan dalam talian. 

Buat tempahan secara dalam talian dengan syarikat penyedia perkhidmatan teksi yang mempunyai reputasi yang baik. Ia memudahkan anda untuk membuat semakan maklumat teksi yang diberi sama ada bertepatan dengan kenderaan yang dihantar, seperti yang terdapat paa aplikasi telefon pintar MyTeksi. 

6. Ikut naluri hati

Percaya kepada naluri hati anda. Jika rsa tidak sedap dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu, jangan naiki teksi tersebut. Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda peru percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain. 

Inilah antara tips dan panduan untuk keselamatan kita apabila menggunakan teksi. Selain ikhtiar dan usaha, janganlah sesekali alpa untuk memohon perlindungan dari Allah S.W.T agar kita sentiasa dinaungi rahmat-Nya walau di mana jua kita berada.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644