Pantas sungguh larian waktu. Sudah setahun pemergian Murabbi Ummah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masih teringat-ingat sangat menziarahi Almarhum di HUSM beberapa hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Masih terbayang-bayang di ruang mata detik dan waktu menunaikan solat jenazahnya dengan penuh kehibaan.
Almarhum adalah seorang ulama, beliau juga seorang politikus.Jujur dan ikhlas, saya adalah antara ribuan peminatnya. Benar, beliau tidak pernah sunyi dari kesilapan dan kesalahan. Tidak hanya beliau malah ulama muktabar sehebat mana sekalipun tetap tidak sunyi daripada kesilapan. Namun, pemikirannya dan jasanya janganlah sesekali dinafikan. Apatah lagi, ramai pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara yang menjadikan cetusan pemikirannya sebagai tesis peringkat Master dan Phd.
Buku berjudul Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan hasil karya saudara Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz. Beliau merupakan seorang lulusan Pengajian Islam Universiti Malaya dalam jurusan Fiqh dan Usul.
Sejujurnya saya telah membaca buku ini beberapa tahun yang lalu, iaitu sebelum pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Secara peribadi saya menyukai dan meminati tulisan beliau. Buku ini sedikit sebanyak cuba menyelongkar gugusan pemikiran Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran yang amat bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Buku Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sebuah buku mampu milik yang menyajikan beberapa gagasan pemikiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
- Judul Buku :PEMIKIRAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
- Harga :RM14.00 ( RM5.00 POSTAG)
Berminat dengan buku ini, Sila WhatApps saya 019-5776730
Lain-lain buku menarik, langsung sahaja ke ---->BOOKCAFE