Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Debat antara Dr. Asri dan Ustaz Zamihan perlu diteruskan

$
0
0

Akhirnya debat antara Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dibatalkan. Sejujurnya saya sudah menjangkakan semua ini. Ini kerana sebelum ini ada sudah terdapat suara-suara bantahan terhadap debat tersebut. Antaranya bantahan dari Mufti tertentu agar debat tidak diteruskan, alasannya perkara khilafiah seperti isu qunut subuh tidak perlu diperbahaskan. 

Amat menghairankan bagaimana seseorang mufti boleh bercakap tanpa merujuk kepada tajuk perbahasan. Tajuk perbahasan ialah Ekstremisme Agama di Malaysia satu perbinangan. Jadi ia berkisarkan isu keganasan, dan bukannya isu doa qunut ataupun tahlil. 

Lagi melucukan apabila terdapat bantahan dari pihak atasan, kononnya deba ini mampu mengancam keamanan. Namun, paling anehnya, mengapa pula DR. Zakir Naik sering diundang untuk berhujah ilmiah dengan tokoh-tokoh agama lain secara terbuka. Mengapa ini tidak dianggap sebagai ancaman. 

Sebenarnya debat tersebut amat diperlukan untuk menjernihkan kecelaruraan. Ia sangat perlu diteruskan untuk merungkai kekeliruan. Ini bukan soal siapa salah atau siapa menang. Lagipun di media sosial, peminat kedua-dua tokoh agama ini sering serang menyerang. Dan, semua ini akan berterusan dan berkekalan, jika kedua-dua tokoh ini tidak dipertemukan untuk berdebat atau berbincang. 

Secara peribadi, saya teringin sangat melihat Ustaz Zamihan berdebat dan berhujah. Sebelum ini saya hanya menyaksikan ceramah beliau di youtube. Dr. Asri pula sejak dahulu lagi sememangnya dikenali sebagai pendebat yang hebat. Beliau pernah berdebat dengan Astora Jabat sebanyak dua kali, pernah juga berforum bersama wakil parti PAS dan UMNO, pernah juga berdiskusi bersama agamawan hebat Dr. Aziz Hanafi dan lain-lain lagi. 

Rasanya amat ramai yang amat berharap agar debat ini dapat diteruskan. Jika tidak untuk pada tarikh yang ditetapkan sekalipun, usahakanlah agar ia boleh diadakan pada hari-hari yang lain. Tidak kisahlah atas nama debat, perbincangan, forum atau diskusi ilmiah atau apa sahaja. Yang penting pertemukanlah kedua-dua tokoh ini bagi merungkaikan kekeliruan dan meleraikan kecelaruan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644