Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

ANTARA FESYEN DAN SYARIAT

$
0
0

Islam bukanlah agama yang jumud. Islam tidak pernah memusuhi permodenan dan tidak juga menghalang perubahan. Islam juga bukanlah agama yang anti budaya dan gaya. Sesungguhnya islam itu bersifat Rahmatan Lil 'alamin.

Islam membenarkan semua itu, namun ada had dan batasnya. Atau dengan kata lain, segala kemajuan dan perubahan mestilah tidak tersasar daripada orbit agama. Segala budaya dan gaya mestilah tidak tergelincir daripada landasan syariat. 

Begitu jualah dalam persoalan pakaian, islam tidak pernah melarang dan mengharamkan apa jua fesyen selagi mana fesyen tersebut tunduk dan patuh kepada agama. 



Saya tertarik dengan kata-kata Prof Datuk Seri Dr Zaleha yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 23 September 2014, halaman 20. 

Katanya, biarpun perkembangan wanita berhijab di negara Malaysia ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif, namun ramai dalam kalangan wanita Muslimah yang terikut-ikut dengan kepelbagaian fesyen yang bertentangan dengan etika berpakaian yang dibenarkan syariat islam. 

Keghairahan wanita muslimah yang berhijab mengikut trend semasa juga telah memberi ruang dan peluang kepada pihak tertentu. Pihak yang tidak memahami cara berpakaian wanita islam ini telah mengambil kesempatan untuk menghasilkan pelbagai fesyen yang tidak mesra malah bercanggah dengan syariat. 

Antara fesyen yang dimaksudkan ialah fesyen Jilboobs(gabungan Jilbab dan Boobs). Fesyen ini mengenakan tudung kepala, tetapi berpakaian ketat dari paras leher ke bawah. 

Menurut Prof Datuk Seri Dr Zaleha, di Indonesia Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah memfatwakan adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan atau memakai pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. 

Sebelum menamatkan bicara, saya ingin memohon jutaan maaf andainya ada yang terguris hati dan tercalar perasaan dengan entry saya ini. 

Jujur dan ikhlas, tulisan ini adalah untuk semua dan bukannya dikhaskan untuk Cik Sendat binti Ketat dan Cik Jarang binti Nipis. 


Berminat dengan Busana Muslimah yang mesra syariat, jom ke --> SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644